Meneroka 16 tempat MENARIK di Ipoh, Batu Gajah dan Kampar,Perak


Perak, antara negeri yang tidak puas abam teroka sampai sekarang. Sebab apa ? Semakin banyak tempat menarik abam cari, makin banyak tempat-tempat lain yang menyusul. Boleh dikatakan negeri Perak antara negeri terkaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah.

Trip kali ini, kami sempat berkunjung ke tiga bandar di Perak iaitu Ipoh, Kampar & Batu Gajah. Jom abam ceritakan antara tempat WAJIB korang lawat di Perak.

  1. KELLIE’S CASTLE

Bila di sebut nama Kellie’s Castle , kebanyakan rakyat Malaysia pernah dengar nama tempat ini. Mana tidaknya, filem Munafik 2 pun di sunting dari sini (adegan akhir syamsul yusof dibunuh). Dibina sekitar tahun 1915 oleh rakyat Scotland yang berpindah ke Malaysia untuk berkerja sebagai engineer. Istana ini diberikan kepada anaknya sebagai hadiah. Pernah juga di bom oleh tentera Jepun & di bina semula.

Ada juga orang datang ke sini semata-mata untuk join program ‘seekers’ di sebelah malam. Terdapat 14 bilik keseluruhannya, dengan 4 tingkat bangunan. Terdapat banyak spot2 untuk bergambar kenangan seperti di ruangan ‘rooftop’ istana.

2. TANJUNG TUALANG TIN NO.5 (TT5)

Dahulunya TT5 merupakan kapal korek bijih timah di Batu Gajah. Beroperasi selama 44 tahun, sehinggalah pada tahun 1982 dihentikan operasi dek kerana harga bijih timah kian jatuh. Kini TT5 dibuka untuk kunjungan orang awam, melihat sendiri bagaimana kapal ini beroperasi mengorek bijih timah dari bawah tanah.

Ada juga pengambaran filem yang dilakukan disini termasuklah filem J Revolusi lakonan Zul Ariffin. Disini korang boleh belajar menyemai bijih timah, memancing, BBQ, dan bergambar di ‘hot spot’.

3. GUA TEMPURUNG

Terletak di Gopeng dan kira-kira 24km dari Ipoh. Gua Tempurung merupakan gua batu kapur yang TERBESAR di semenanjung Malaysia. Sebab apa di panggil Gua Tempurung, adalah kerana bentuknya seakan tempurung kelapa.

Abam boleh katakan antara gua yang TERBAIK pernah abam masuk setakat ni. Terdapat laluan darat dan juga air. Korang boleh request dekat kaunter dan boleh dapatkan sewaan helmet & kasut air sekali taw. Laluan sepanjang 1.9km ini turut di jaga rapi serta di bina tangga di dalamnya. Anda tak perlu risau , cuma perlu hayati keindahan bentuk-bentuk di dalam ini yang menyerupai pelbagai haiwan .

4. GALERI LAT OLEH DATUK LAT ( KAMPUNG BOY ) – coming soon

Siapa yang tak kenal Datuk Lat ? Seorang kartunis yang keluarkan cerita ‘The Kampung Boy’ melalui buku, dan kemudian diterbitkan ke televisyen. Selain telah memenangi banyak anugerah, siri ‘The Kampung Boy’ ini turut mendapat perhatian di beberapa negara seluruh dunia.

Terdapat banyak lagi karya yang dihasilkan oleh Datuk Lat akan di pamerkan di Galeri Lat di Batu Gajah ( berdekatan dengan KTM batu gajah). Galeri ini masih lagi di dalam pembinaan & dijangka siap tahun 2020 juga. Sama-sama kita nantikan

5. PASIR SALAK RESORT

Boleh dikatakan percutian yang sedikit jauh dari kesibukan bandar. Di khabarkan setiap hujung minggu, rata-rata keluarga akan memilih percutian disini kerana berdekatan lokasi bersejarah, termasuklah lokasi JWW Birch dibunuh pada tahun 1875. Berdekatan dengan Resort Pasir Salak, terdapat Terowong Sejarah Pasir Salak di dalam Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Di sini korang dapat lihat sendiri sejarah keris2 (senjata orang melayu) , dan jalan cerita bagaimana terjadinya pembunuhan JWW Birch oleh Dato Maharajalela, Tok Sagor, dan Si Puntum. Boleh juga berjalan-jalan di taman, melihat sendiri kubu pertahanan dan singgah solat di Masjid Pasir Salak di dalamnya.

6. MUZIUM PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH KINTA, KAMPAR

Suatu masa dahulu, Malaysia pernah menjadi negara pengeluar bijih timah terbesar di dunia. Perak juga antara negeri yang kaya dengan sumber ini. Di muzium ini, korang boleh belajar sendiri bagaimana caranya bijih timah itu di proses dan bagaimana perniagaan jual beli berlangsung.

Terletak berhampiran dengan Grand Kampar Hotel.

7. GRAND KAMPAR HOTEL

Penat berjalan seharian meneroka sejarah bijih timah, kami bermalam di Grand Kampar Hotel , hotel bertaraf 4 bintang ini pada harga yang agak berpatutan. Favourite abam datang ke sini, semestinya adalah pada breakfast buffet. Sedapp

Lokasi yang senang dicari di tengah-tengah bandar kampar.

Lokasi : 2188, Jalan Timah, Bandar Baru Kampar,
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.

Hubungi : +605-466 2111

8. CAFE AWESOME OF ARTS

Kami berhenti minum petang di Kampar , berdekatan saja dengan hotel kami iaitu Grand Kampar Hotel. Lokasi cafe ini boleh dikatakan strategik dan unik , ukiran ala-ala luar negara.

Boleh juga dijadikan hotspot untuk bergambar di jalanan ( ala overseas gitu). Menu di cafe yang paling menarik perhatian abam ialah Onoki Goreng ( cendawan goreng). Ranguppp

Lokasi : Disney Avenue Bandar Agacia, 31910 Kampar, Perak

Hubungi : 017-6023774

9. KELAPA LELEHHH KAMPOR CAFE

Kami makan malam di kedai yang pernah viral, dan selalu juga muncul di kaca2 televisyen seperti TV3, RTM dan Borak Kopitiam. Dikatakan Kelapa Lelehhh Kampor Cafe ini adalah yang pertama di Perak menyediakan coconut shake.

Overall makanan portion agak besar, kami order plate western. Tambah pula dengan dessert utama iaitu kelapa leleh. Orang kampar mesti pernah cuba sini kan.

Lokasi : Jalan iskandar 31900 kampar (143.87 km)
31350 Kampar, Perak

Hubungi : 011-1300 6720

10. RESTORAN TASIK RABAN

Restoran Tasik Raban mempunyai beberapa cawangan. Kami singgah sebentar makan tengah hari disini setibanya di simpang Gopeng sebelum ke Kellie’s Castle.  Bagi penggemar masakan melayu asli, pasti anda antara yang mencari kedai seperti Restoran Tasik Raban ini.

Overall, kami berpuas hati menjamu selera disini, ada yang kata “macam makan dekat kenduri”. Menu utama yang menjadi bualan ialah ikan bakar power.

Lokasi : Restoran Tasik Raban, Kg Sungai Raya, Gopeng, Perak ( berhampiran simpang Gopeng- Kellie’s Castle )

11. THE HAVEN RESORTS

Antara lokasi percutian premium di Ipoh, semestinya The Haven Resorts. Resorts ini berkonsepkan apartment, 3 bilik tidur utama . Sesuai untuk percutian keluarga, dan team building syarikat. Lengkap dengan kolam renang yang luas, serta fasiliti lain seperti gym 24 jam, squash court dan taman rekreasi.

Kami bertuah dapat breakfast di restoran yang pernah dinobatkan sebagai “World Luxury Restaurant’ award 2016. Suasana tepi tasik dan menghadap bukit yang berusia 280 juta tahun. Oh ya, The Haven Resorts juga mengikuti tema mereka iaitu “Healthy resort, healthy food”.

Lokasi : Jalan Haven, Persiaran Lembah Perpaduan, 31150 Ipoh, Negeri Perak

Hubungi : 05-540 0000

12. LOST WORLD OF TAMBUN

Bila abam cerita dengan kawan2 nak jalan2 di Ipoh, rata-rata mesti cadangkan untuk singgah Lost World Of Tambun, Ipoh. Jika di Selangor ada Sunway Lagoon, di Ipoh ada Lost World Of Tambun. Keduanya di bawah syarikat yang sama je.

Kami masuk belah malam, permainan ‘outdoor’ tak sempat kami singgah sebab dibuka siang sahaja. Belah malam kami layan fire show, pets cage, Luminous Forest dan hot springs. Kami masuk sekitar 6pm, keluar dalam 10.30pm (solat jama’). Memang puas hati bersantai di hot spring sini. Lagi menarik, datang dengan kawan-kawan atau keluarga.

Buat mereka yang mencari hotel berdekat, abam cadangkan korang menghinap di Lost World Of Tambun Hotel, betul2 sebelah dengan taman tema. Harga bilik RM150 (classical standard) – RM400 ( family room).

Lokasi : 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Negeri Perak

Hubungi : 05-540 8888

13. IPOH HERITAGE STREET

Kami berjalan-jalan sekitar bandaraya Ipoh yang masih mengekalkan bangunan-bangunan lama seperti Stesen Keretapi Ipoh (1917), Reka bentuk stesen ini sama dengan Stesen Kuala Lumpur (1911) cuma tahunnya yang berbeza.

Kami berjalan kaki ke Mahkamah Tinggi Ipoh, Dewan Bandaraya Ipoh (1914), Masjid Panglima Kinta, dan banyak lagi (rujuk gambar di bawah). Setiap tempat mempunyai ceritanya tersendiri , dan ada sebab mengapa masih dijaga sehingga kini.

14. BOOKXCESS & STREET ART IPOH

Antara tarikan yang kian popular sekarang di Ipoh semestinya adalah Bookxcess . Disini merupakan bank lama yang telah dijadikan pameran & jualan buku. Jika turun ke tingkat bawah, korang boleh tengok pintu besi bank yang masih dijaga, peti simpanan, dan juga ada pameran Yasmin Ahmad.

Abam kali kedua singgah ke sini pun masih teruja menikmati koleksi yang ada di bawah ini. Details lanjut abam ada cerita dekat entry SINI.

15. MOSS EATERY – JALAN BESAR

Pada malam hari, kami singgah dinner di cafe Moss Eatery . Sebuah cafe ala hipster yang menyediakan menu masakan western dan ‘asian fushion’ seperti nasi kukus ayam berempah,mee rebus dan banyak lagiiii (gambar kami order dibawah).

Cafe ini ada 2 tingkat, dan terdapat banyak tempat untuk bergambar kenangan. Harga makanan pun abam tengok agak berpatutan. Korang waze je Moss Eatery confirm jumpa.

Lokasi : NO.11 & NO.13 JALAN BESAR TAMBUN, 31400 Ipoh, Negeri Perak

Hubungi : 017-418 3071

16. IPOH HAINAN CHICKEN RICE

Sebelum berangkat pulang ke KL, kami pekena nasi ayam disini. Boleh tahan penuh kedai ni dengan pelanggan, naseb kami dah booking awal. Nasi ayam disini agak popular, di tambah dengan layanan mesra dari staff2.

Korang boleh waze je Ipoh Hainan Chicken Rice, confirm jumpa. Paling best,surau disediakan di tingkat atas.

Lokasi : 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Negeri Perak

Hubungi : 05-254 5591

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments
Previous 3 Air Terjun Yang Wajib Korang Singgah di Negeri Sembilan
Next Peminat Salted Egg patut cuba menu baru MarryBrown ni !!

13 Comments

  1. Avatar
    April 10, 2020
    Reply

    Menarik. Tempat study dulu. Hujung minggu memang lepas ke Kellie Castle tu. Lain dah dalam dia. Makin cantik. LWOT tu memang best kolam air panas dia. Mujarab weyh.. haa rugi kalau tak berendam kat situ

  2. Avatar
    April 10, 2020
    Reply

    TT5 last sampai dengan ex…hahahaha jalan² kampar batu gajah…mancing kat tasik² tepi jalan, makan kat ipoh street, jalan² malam kat gerbang malam… Perak mmg best

  3. Avatar
    April 11, 2020
    Reply

    Banyaknya tempat yang u alls pergi. Saya orang Perak pun ada tempat yg belum sampai haha .. maklum lah kita dah jadi org KL banyak masa di kota haha…

  4. Avatar
    April 11, 2020
    Reply

    Dalam senarai tu cuma 4 tempat je yg dah pernah pergi. Nampak gaya banyak lg tempt utk teroka kalau dtg Ipoh nie

    • Avatar
      April 12, 2020
      Reply

      Banyak juga tempat menarik di Ipoh ni. Lepas ni kalau ada rezeki lepas PKP selesai nak ajak suami jalan jalan di Ipoh pula.

  5. Avatar
    April 11, 2020
    Reply

    Dalam banyak tu, pernah sampai Pasir Salak Resort aje, lain tak pernah…nanti boleh jelajah lagi ni, banyak tempat menarik tu ya..makannya pun boleh tahan di Perak ni…

  6. Avatar
    April 11, 2020
    Reply

    Thanks for sharing!
    Rupanya banyak tempat yang Vee belum pergi lagi!
    Tunggu Si anak Vee lebih besar nanti, akan pergi sama2 dgn dia.

  7. Avatar
    April 11, 2020
    Reply

    selalu jalan2 perak tapi masih ada yang belum pergi. lepas pkp ni boleh plan jjcm perak. thanks Sharing

  8. Avatar
    April 11, 2020
    Reply

    Wah banyak jugak tempat menarik kat perak ni. Mommy tahu sungkai je. Kolam air panaihhh. Sebab dekat dengan area rumah tok sedara

  9. Avatar
    April 11, 2020
    Reply

    ada tempat yang kita pernah pegi. but the heaven, cantiknya. lost world pun dah lama pegi. ada few place yang bertambah. nak kena pegi semula kot 🙂

  10. Avatar
    April 11, 2020
    Reply

    Bestnye dpt explore semua tempat2 tue..Harap2 lepas Wabak covid19 berakhir dapatlah pergi ke tempat tempat menarik Perak..rindu nak travel lagi

  11. Avatar
    April 12, 2020
    Reply

    haritu mmg planning nak ke ipoh bercuti jumpa kawan yg tinggal kat sana ..mmg nak sightseeing makan2 semua.. tapi apakan daya .. kita sabar lah.. tapi thanks share ni..za simpan nnt bila nak ke ipoh..useful info..

  12. Avatar
    April 12, 2020
    Reply

    woww banyak betul tempat menarik ye..dalam banyak yang disenaraikan, nad pernah pergi Kellie Castle je..hehee..Lepas ni boleh ronda lagi

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *