13 LOKASI MENARIK sekitar Royal Belum & Pengkalan Hulu, Perak


Sebut sahaja tentang Royal Belum , pasti kita terbayang houseboat Royal Belum kan ? Lokasi yang sangat strategik untuk program bonding bersama keluarga, rakan-rakan, dan juga korporat. Pengalaman abam menikmati keindahan flora dan fauna, ternyata dapat rehatkan minda dari kesibukan kotaraya. Abam kongsikan tempat-tempat menarik sekitar Royal Belum & Pengkalan Hulu Perak yang patut korang lawat. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama  disini termasuklah :

  • ‘Jungle tracking’,
  • Berkayak
  • Rakit
  • Melawat kampung orang asli
  • Melihat di depan mata gajah, harimau, tapir, dan lain2 binatang melintasi anda
  • Kunjungi lokasi rafflesia

Terdapat lebih 30 buah houseboat disini, setiap houseboat boleh muatkan 34-40 orang. Ada bilik berkatil, tidur atas hammock, dan bilik aircond. Korang boleh buat pilihan yang mana berminat.

hammock style

bilik berkatil & kipas

Royal Belum adalah tasik kedua TERBESAR di Malaysia selepas Tasik Kenyir. Keluasan hutan Royal Belum sahaja sudah 4 kali ganda Singapura. Hutan ini juga berumur 130 Juta tahun dan lebih tua dari hutan Amazon (Amerika Selatan) & hutan Congo (Afrika).

Jika bertuah, anda dapat melihat sendiri hidupan hutan seperti gajah , harimau , tapir, dan lain2 . Ternyata habitat mereka masih dipelihara disini. Jom tengok aktiviti yang boleh dibuat semasa anda berada di dalam houseboat :

  • 6 tandas + bilik mandi
  • surau (lelaki & perempuan asing)
  • Karaoke
  • BBQ
  • LDK (Latihan dalam kumpulan)
  • Kayak & rakit

LDK (Latihan dalam kumpulan)

surau 

tandas ( lelaki & perempuan)

BBQ ( ayam , sosej , dan ikan) – ikut permintaan

aktiviti karaoke 

berkayak & rakit

Kalau korang nak bercuti di houseboat , elok pilih 3 hari 2 malam. Supaya aktiviti lebih banyak & tidak tergesa-gesa. Sebelah malam pula korang boleh layan “star gazing” , layan tengok bintang dari atas bot (tingkat 3 atas sekali). Line internet okay tak sini ? kata nak bonding kan? hehe. Line celcom je yang dapat (1 bar ). Kami semua tinggal hp seketika disini , terus lupa update kes ahmad sajat tu.

Aktiviti luar pula kami melawat beberapa kawasan seperti :

  • Perkampungan orang asli suku kaum “Jahai”
  • Mandi di Lata Air Terjun RUOK
  • Hiking melawat salt lick di Sungai Papan
  • Bunga raflesia

2. perkampungan orang asli “Jahai”

Orang asli kaum Jahai sentiasa terbuka menerima kunjungan para pelancong. Boleh dikatakan setiap hari mereka terima kunjungan baru. Aktiviti yang korang boleh buat disini adalah seperti bagi kanak-kanak makan (elakkan bagi junk food) , beri mereka hadiah dan main bersama dengan mereka . Mereka sedia terima kunjungan anda.

Mereka turut buka kedai “7E” menjual herba-herba asli, barangan kraf tangan & sumpit . Harga ? Konfirm murah sebab mereka yang buat sendiri. Membeli sambil membantu

Terdapat 40 buah rumah (156 orang) , 8 keluarga daripadanya adalah muslim. Sungguhpun mereka gunakan bahasa jahai untuk bertutur, mereka juga boleh bercakap dalam bahasa Malaysia.

3. Lata Air Terjun Ruok

Lata air terjun Ruok, antara destinasi air terjun yang dekat (kurang hiking) , terdepat lagi 6 air terjun di hutan Royal Belum. Jika anda menghinap 3 hari 2 malam , mungkin sempat nak kesemua tempat lain.

Dahulunya penuh dengan ikan kelah disini, setelah dipindahkan ke tempat lain, kini tinggal “baby” kelah. Boleh bawa roti jika ingin memberi makan ikan.

4. Salt Lick di Sungai Papan

Salt lick /sira binatang adalah lokasi dimana haiwan hutan seperti harimau, gajah dan lain2 berkunjung untuk ‘menjilat’ batu sebagai sumber minuman mereka. Air yang keluar dari batu itu sendiri jadi minuman binatang tersebut. Ada beberapa tempat salt lick di Royal Belum.

gambar ihsan google semasa di Royal Belum

lokasi salt lick di kem sungai papan

Kebetulan kami datang , bunga raflesia baru sahaja mati. Bunga raflesia mengambil masa 9 bulan untuk tumbuh, dan hanya 7 hari berkembang mekar sebelum mati. Lokasi bunga raflesia juga kerap menjadi kunjungan sang harimau.

Alternatif check in selain houseboat? 

Ada dua jenis penghinapan untuk korang pilih iaitu Chalet di Kem Sungai Tiang Royal Belum & Belum Rainforest Resort

Jika ingin ke 5. kem Sungai Tiang, anda perlu menaiki bot dari jeti pulau banding. Ada beberapa jenis bilik korang boleh pilih.

Cantik kan view kem sungai tiang ? Menghadap tasik banding di Royal Belum. Nak hubungi siapa ? Bawah nanti abam selitkan contact number. Baca sampai habis ye.

6. Belum Rainforest Resort

Ini adalah penghinapan premier/luxury bertaraf 4 bintang , tapi harga berpatutan. Jika ingin ke sini, anda tidak perlu terus ke jeti pulau banding, namun terus ke resort 3 minit sebelum sampai jeti.

Ada 10 jenis penghinapan termasuk houseboat dari pihak resort sekali. Untuk butiran penuh, boleh terus ke website https://www.belumrainforestresort.com/ 

Belum Rainforest Resort

Pulau Banding, 33200 Gerik, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

+605 791 6800

Selesai itenari yang korang boleh buat sekitar Royal Belum Perak. Buat yang mencari tempat menarik sekitar Royal Belum, terutama bagi mereka yang ingin bercuti panjang (4 hari 3 malam). Mungkin boleh tambah untuk singgah di Pengkalan Hulu, Lenggong, Baling. Bawah ni abam kongsikan tempat yang jadi pilihan pengunjung :

7. D’Golf Motel Pengkalan Hulu, Perak

Lokasi yang agak strategik di tengah-tengah pekan, juga menjadi kunjungan pemain-pemain golf dari baling & betong. Lokasi berdekatan dengan tasik

Website  : http://motelkgph.blogspot.com/

Lokasi : D/a Skuadron Semboyan 10 Briged, Kem Pengkalan Hulu, 33100, Pengkalan Hulu, Perak

Hubungi04-477 0056

8. Sempadan Betong – Thailand

Antara lokasi bersejarah di betong, iaitu semasa serangan komunis di tanah malaya. Kini dijaga rapi oleh pihak berkuasa , dan menjadi laluan masuk untuk ke Thailand melalui Betong, Perak.

Jika anda ingin merasai makanan dari thailand, boleh singgah di restoran sebelum memasuki sempadan Thailand.

9. Gua Gendang , Pengkalan Hulu Perak

Antara GUA TERTUA di dunia. Pengalaman yang wajib korang cuba ialah di Gua Gendang , walaupun sekali seumur hidup. Abam sendiri terpaksa merangkak, berenang didalam gua untuk ke check point lain.

Dinamakan Gua Gendang , dek karana air mengalir mengenai batu-batu yang berbunyi seperti gendang. Perjalanan hampir 2 jam (700 meter) di dalam gua yang gelap ini. Lihat saja gambar boleh tahu track kami agak extream. Jika ingin santai, boleh request kpd tour guide yer.

Bagi yang ingin bermalam disini, mereka juga mempunyai chalet yang boleh muatkan 20 orang.. Ohh ya, abselling pun ada dekat sini.

Majlis Daerah Pengkalan Hulu
04 – 477 8148
04 – 477 8735

[email protected]

 

10. Hentian Rehat Banjaran Titiwangsa

Antara lokasi wajib singgah jika anda melalui laluan dari Perak ke Kelantan melalui grik ini. Dahulunya ini merupakan kawasan hitam kerana menjadi pusat operasi pengganas komunis.

Kini, siapa saja melalui highway sepanjang 110km , pasti ingin berhenti rehat dan menghirup udara segar dan sejuk di atas bukit tinggi 2,100 meter dari aras laut ini. Rasa seperti di genting highland sejuknya.

11. Istana Raja Reman & Makam Mahsuri

Antara tempat bersejarah, mengenangkan memori tragedi Kroh/Betong. Istana asal ini boleh dikunjungi oleh orang awam dan melihat sendiri peralatan, baju2 istana lama, dan memori gambar

Majlis Daerah Pengkalan Hulu
04 – 477 8148
04 – 477 8735

[email protected]

12. BossKiter Rooftop Cafe’ , Baling Kedah

Hanya 12 km dari pengkalan hulu, kami segera ke kedai Bosskiter Rooftop Cafe, yang terkenal di Baling Kedah. Memang sentiasa penuh kedai ni, naseb kami baik sebab dah booking awal.

Cuba makan ala-western disini, berkonsepkan restoran kabin. Memang sedap lagi-lagi grilled chicken dan mushroom sup. Tambah lagi staff yang comel2 dan peramah hehe

Lokasi : BossKiter Rooftop Cafe’ , Jalan Mahmud, Baling, 09100 Baling, Kedah

Hubungi : 017-422 9001

13. Restoran Teringat Lenggong, Perak

Jika ingin pulang ke kuala Lumpur, mesti melalui Lenggong kan? Meh singgah sebentar di Restoran Teringat Lenggong, masakan asli Ikan Loma masak lomak. Makanan dihidangkan di dalam talam, dan fresh dari dapur terus ke meja anda.

Jika lihat suasana disini, ala-ala kampung tapiiiii, penuh kedai ni dengan pelanggan. Kira-kira boleh muat 300 orang dalam satu-satu masa.

Lokasi : Kampung Batu Berdinding, 33400 Lenggong, Perak

Hubungi : 013-330 3450

 

Abam sertakan sekali travel agent yang dipercayai dekat bawah untuk pakej percutian di Royal Belum dan lain2 tempat

  1. MyHistourism Sdn Bhd : LINK WASAP ( Encik Fred)
  2. Laksana Sutera Travel & Tours Sdn Bhd : LINK WASAP  (Cik Husna)
  3. Sahil Best Holiday : LINK WASAP ( Kak Needah)
  4. Adventure 360 : LINK WASAP ( Cik Izzati) 
Facebook Comments
Previous 15 Tempat Menarik Sekitar Kuala Kangsar & Lenggong, PERAK
Next 15 Tempat Menarik Hanya di Perlis

6 Comments

  1. Avatar
    February 10, 2020
    Reply

    Ada baca dan pernah dengar Royal Belum ni, tapi belum ada rasa nak pergi, tapi bila dah baca kesemua tempat dan aktiviti ni, rasa nak bercuti ke sana plak…

    Sayangnya bunga Rafflesia tu dah mati huhuhu..

  2. Avatar
    February 10, 2020
    Reply

    wah…serius menarik la houseboat tu. ada plan jgk nak g sekluarga naik boat mcm tu sambil memancing. puasa hati kalau macam tu..menarik

  3. Avatar
    February 10, 2020
    Reply

    Wowww the places are so nice ???????????? i would surely love to go to every single one of the places ????????

  4. Avatar
    February 10, 2020
    Reply

    Menariknya yang dalam kapal tu – teringin nak pergi dan buat teambuilding kat situ la. Nak propose kat boss la kelak

  5. Avatar
    February 11, 2020
    Reply

    Cantiknya. Teringin jugaak nak pergi tempat2 mcm ni. In shaa Allah lepas ni dh tahu nk pgi & lawat Royal Belum ni. 🙂

  6. Avatar
    February 11, 2020
    Reply

    Wahhhh serious menariknya bercuti dekat sini. Banyak aktiviti dapat dibuat bersama rakan dan keluarga. Thanks for the review, hope one day ada peluang pergi sana

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *