15 Tempat Wajib Travel di Alor Setar Kedah


Sempena tahun 2020 merupakan tahun melawat Malaysia, abam akan sentiasa kongsikan tempat-tempat menarik yang boleh korang lawat . Trip kali ini, abam dan rakan2 melawat beberapa tempat menarik sekitar Alor Setar, Kedah. Mungkin ada yang pernah kata “Alaa, dah pernah pergi dah dulu”. Tapiiiii, banyak juga pembaharuan dibuat seperti Rumah Asal Kelahiran Tun Mahathir yang diupgrade menjadi Kompleks (Kejap lagi abam kongsikan details)

Lokasi-lokasi di bawah sesuai untuk korang travel 3 hari 2 malam

  1. PULAU PAYAR

Pulau Payar merupakan satu-satunya pulau di Malaysia yang tidak tutup sepanjang tahun. Ini disebabkan ia berada di kawasan selat Melaka. Fakta menarik lagi mengenai Pulau Payar, disebabkan ia air paya, ia membuatkan Pulau Payar menjadi satu-satunya pulau dari air paya yang boleh buat snorkeling

Berapa pakej snorkeling di Pulau Payar? Serendah RM150 seorang. Selain snorkeling, disini juga dibenarkan untuk buat aktiviti Diving iaitu sekitar Pulau Payar, Pulau Kaca & Pulau Lembu. Port paling mendapat perhatian di Pulau Kaca, jika bernasib baik, korang boleh tengok Kuda Laut ( Sea Horse).

Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan terlihat Dolphin dan juga Black Whale ( Ikan paus ). Selain air yang jernih, korang boleh lihat secara langsung ikan di depan mata anda. Tidak perlu ke tengah laut, hanya bermain di tepi pantai sahaja. Kami berpeluang melihat 3 ekor white shark (anak) ,jangan risau, ia jenis yang tidak makan orang .

Ohh yaa, untuk diving juga mungkin korang boleh ke Pulau Segantang & Pulau Secupak jugak (dekat je dengan Pulau Payar).  Jika mahu lebih adventure, korang boleh pilih ke Pulau Tukun Perak ( 8 jam perjalanan laut ) iaitu sempadan perak dan kedah.

 2.  3D DIVING CENTRE 

Jika hendak ke Pulau Payar, 3D Diving Centre ada sediakan perkhidmatan seperti boat transfer/snorkeling/diving/tempat penghinapan). Naik speed boat dari jeti kuala muda, ambil masa hanya 45 minit sahaja ke Pulau Payar.

Buat yang datang dari jauh, boleh berhenti menghinap dulu di 3D Diving Centre (satu bilik RM150), Gambar di atas adalah salah satu private boat yang disediakan oleh mereka. Ada beberapa pilihan boat , pakej, catering dan tempat perkahwinan. Ohh ya, untuk yang nak ambil belajar diving, mereka juga ada sediakan (DSD – Discover Scuba Diving RM1250)

Untuk keterangan lanjut, korang boleh hubungi terus :

REMY – 60125351956

AYU RIQA – 601169884816

 

           3. Hotel Urban Inn @ Ampang Business Center)

Kami menghinap di Hotel Urban Inn selama 3 hari 2 malam. Hotel ini baru saja dibuka pada 8 November 2019. Terdapat 85 bilik kesemuanya. Yang paling best, buat masa terhad harga promosi satu bilik adalah CUMA RM78 SAHAJA. Hotel ini adalah jenis business suite & terletak betul2 di shopping mall Ampang Business Center.

  • Gym Komersial (sebelah hotel sahaja) – tidak termasuk harga hotel
  • Spa Komersial
  • C-Mart (kedai serbaneka besar)
  • Marry Brown
  • Sushi
  • Restoran masakan melayu (seberang hotel)

        4. KERIANG HILL RESORT

Terletak kira-kira 10km dari bandar Alor Setar. Disini anda boleh menghinap di chalet yang disediakan. Sangat sesuai buat mereka yang ingin lari sebentar dari kesibukan bandar. Korang juga boleh hiking di Gunung Keriang. Berhadapan dengan Keriang Hill Resort , ada muzium Padi.

Keriang Hill Resort,

Mukim Gunung,

06570 Alor Setar, 

Kedah Darul Aman

Untuk pertanyaan/tempahan bilik : 04-7305232

Website : http://www.kerianghill.com.my

Email : [email protected]

 

    5. MUZIUM PADI KEDAH

Berhadapan dengan Keriang Hill Resort, korang boleh jalan kaki je ke sini. Disinilah korang boleh belajar tentang jenis-jenis beras yang ada di dunia, cara penghasilan beras, teknologi yang digunakan serta menikmati lukisan 3D pemandangan dari Muzium Padi

Harga masuk : RM5 Dewasa & RM2 Kanak2

6. GULAI IKAN TERMENUNG HAJI JAMIL

Sebelum melawat muzium kota kuala Kedah, kami singgah breakfast di Gulai Ikan Termenung Haji Jamil. Kedai ini pernah viral dulu, dan sehingga kini masih ramai & penuh. Buat yang tertanya-tanya ikan termenung tu apa ? Ikan termenung = ikan kembong. Kuah kari dia pekat (sedap) dan boleh pilih lauk2 yang korang minat.

KM 8, JALAN BATAS PAIP,

TELOK KECHAI, KUALA KEDAH

KEDAH DARUL AMAN

No telefon : 0194754206

Waktu Operasi : Ahad – Sabtu (Jumaat cuti)

7 am – 2 pm

7. MUZIUM KOTA KUALA KEDAH

Muzium Kota Kuala Kedah terkenal sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah dan dibina pada 1771 semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (Siap 1780). Terkenal dengan peperangan antara Kedah – Siam.  Dahulunya ia adalah sekolah melayu pertama 1912 dan disebabkan peperangan, sekarang hanya tinggal satu bangunan yang masih gah.

Tapak asal pembinaan sekolah masih dikekalkan (korang boleh tengok tiang2 asal). Dinding pertahanan yang dibuat dari ( cengkerang, putih telur, dan madu). Dikenali juga sebagai Kota Kuala Bahang (sebabkan cuaca panas semasa berperang)

Muzium Kota Kuala Kedah,

06600 Kuala Kedah,

Kedah

Hubungi : 04-7412152

Waktu Operasi : 8am – 6pm

Masuk adalah PERCUMA

    8. KOMPLEKS RUMAH KELAHIRAN MAHATHIR MUHAMMAD

Rumah asal tempat kelahiran Tun Mahathir ( Perdana Menteri Malaysia 4 & 7 ). Tun Mahathir dilahirkan tanggal 20 Disember 1925 di rumah ini. Namun sekarang telah dinaik taraf menjadi kompleks (dulu hanya rumah sahaja). Sekarang ditambah restoran, pameran barangan perubatan Tun Mahathir. 

NO 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai,

Jalan Seberang Perak,

Taman Persisiran Tanjung Chali,

05000 Alor Setar, Kedah

Hubungi : 04-7204205

Waktu Operasi : Ahad – Sabtu (isnin & jumaat cuti)

10 am – 5 pm

Masuk adalah PERCUMA

9 . MENARA ALOR SETAR

Menara setinggi 165.5 meter ini terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar.  Juga merupakan menara telekomunikasi tertinggi di dunia. Ia merupakan mercu tanda terkenal & moden yang menandakan pembangunan pesat di Negeri Kedah. Buat mereka yang ingin menikmati restoran berpusing , ianya berada di tingkat atas.

Buat pengunjung yang ingin menikmati pemandangan bandar Alor Setar dari atas, tiket hanyalah RM6/ dewasa & RM3/kanak2. 

Hubungi : 04-7202234 / 2075

Waktu Operasi : 8.30 am – 10.30 pm

10. ALOQ STAQ BAMBOO GARDEN

Ini adalah salah satu restoran terbaik di Alor Setar. Puji ni sebab masakan yang dihidang memang betul2 sedap & tanpa sebarang bahan tiruan seperti msg. Jadi sesuai untuk menjamu selera sambil menjaga badan (hehe). Antara menu yang paling fevret untuk abam ialah Udang Butter Milk Dry , Sotong Telor Masin dan Daging Harimau Menangis.

Owner restoran ini adalah selebriti taw. Mejar Ismail Jr Feisol (rtd) , yang terkenal dengan rancangan memancing di television suatu masa dahulu. Ini adalah cawangan terbaru selepas kejayaan cawangan pertama Summit Bamboo Garden di Selangor.  Harga makanan ? Konfirm murah. Bayangkan kami makan RM25 seorang boleh makan 7 hidangan makanan.

NO 83A, Jalan Kampong Perak ( Bersebelahan Masjid Zahir) – Masjid ke 4 tercantik di dunia

05100 Alor Setar 

Kedah

Hubungi : 0199192321

[email protected]

     11. RESTORAN JERAGAN ALOR SETAR

Lokasi restoran tidak jauh dari Hotel Urban Inn kami tinggal. Terletak bersebelahan Sungai Kedah. Suatu masa dahulu, ini adalah jeti utama. Laluan utama bot-bot. Tak sempat snap banyak gambar makanan (lapar sangat ) hehe. Dekat restoran ni, memang femes masakan seafood.

NO. 1, Persiaran Jeragan, Lebuhraya Lencong Barat,

Ampang Jajar,

05050 Alor Setar, Kedah

Hubungi : 019-5287917

Waktu operasi : Selasa –  Ahad ( isnin cuti)

Masa : 4.00pm – 12.00am

    12. MUZIUM DIRAJA KEDAH 

Terletak berhadapan dengan Masjid Zahir & Alor Staq Bamboo Garden. Disini memang banyak bangunan2 sejarah yang boleh korang lawat dan ootd. Lokasi sekitar berjalan kaki sahaja. Ruangan dalam Muzium Diraja Kedah adalah dilarang tangkap gambar. Jadi abam belanja gambar diluar ye

Banyak info bersejarah ada disini seperti info berkenaan Sultan Abdul Hamid. Masuk adalah PERCUMA.

    13. RUMAH MERDEKA

Pada asalnya rumah ini dimiliki oleh ibu Tunku Abdul Rahman iaitu Che Manjalara. Bapa Kemerdekaan kita seringkali menghinap dirumah ini setiap kali kunjungannya ke kedah. Ruangan dalam tidak boleh tangkap gambar ye.

      14. PEKAN RABU

Lokasi tempat membeli belah yang terkenal sejak dulu kala. Tapi sekarang sejak ada bangunan baru Pekan Rabu, nampak teratur dan mudah cari barangan ikut tingkat. Disini orang ramai akan mencari barang kraftangan, makanan kerepek2 , dodol, bahulu panas, kuah rojak. Harga barangan dijual agak murah. Dodol setengah kilo pon cuma RM6.

15. JONED’S CAFE 

Tempat terakhir kami singgah sebelum pulang ke KL, kami singgah minum petang di Restoran Joned’s Cafe. Dikatakan makanan yang femes disini ialah Kuey Tiaw Goreng Kerang. Memang sedap. Rasa macam nak tambah, tapi sebab kesuntukan masa sempat merasa satu pinggan je.

Masakan panas yang lain pun ada. dan agak luas restoran ni ,

 

Facebook Comments
Previous Order printing baju direct kilang lagi murah - Asia Apparel
Next Cara mudah 'claim' bonus RM40 anda - Wahed Invest

6 Comments

  1. Avatar
    January 3, 2020
    Reply

    Wah.. Saya org alor setaq pun ada byk gak tmpt2 ni yg tak pernah pi… Contoh pulau payaq tu.. Cun gilaaa

  2. Avatar
    January 3, 2020
    Reply

    Wah banyak juga tempat menarik di sekitar alor setar rupanya. Seiingat yaya baru sekali atau dua kali sahaja menjejakkan diri kesana. Terliur betul tengok Udang Butter Milk Dry tu!!

  3. Avatar
    January 4, 2020
    Reply

    Banyak juga tempat menarik yang ada di Alor Setar rupanya. Pulau Payar tu nampak cantik sangat. Terpegun tengok. Laut pun, Masya Allah cantik.

  4. Avatar
    January 6, 2020
    Reply

    Tak penah tau pun byk tempat menarik kat Alor Setar. Selalu pergi mcm xde idea mananak singgah lagi dah. Huhu

  5. Avatar
    January 6, 2020
    Reply

    Bookmarked! I definitely need to add Pulau Payar in my travel list this year. I really hope I can finally enjoy snorkeling and get closer to nature. Never seen such clear waters in Malaysia before. Hope 2020 is the year of travelling for all of us!!

  6. Avatar
    January 7, 2020
    Reply

    Thank you sharing. Plan bulan tiga ni nak datang kedah tapi tak pasti nak pergi sungai petani ke alor setar. Now dah tahu la apa yang menarik boleh pergi

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *