Penutup filem IP MAN 4 FINALE : Sedih & gembira.


Bukan main ramai lagi pawagam TGV Rawang harini. Naseb baik abam beli tiket online, kalau tak penuh da. Bayangkan tayangan hari isnin pagi jam 10.55pagi pun boleh penuh, apatah lagi hujung minggu. Apa-apa pun, filem IP MAN 4 : The Finale adalah filem penutup tahun 2019 yang SANGAT BEST 8/10. Ini komen abam yang mengikuti penuh semua episod IP MAN. Jom layan trailer dulu :

Kalau korang tengok trailer IP MAN 4 : THE FINALE di atas, awal-awal lagi dah kongsikan kemunculan Bruce Lee. Buat yang baru nak tonton, Bruce Lee ialah anak didik IP MAN yang sebenar, dan kisah ini disusun berdasarkan kisah hidup mereka. Bruce Lee ada muncul beberapa kali di episod sebelum ini, cuma tak menyerlah sangat seperti episod last ni.

SINOPSIS IP MAN 4 : THE FINALE

IP MAN sememangnya guru ‘martial art’ , seni tempuh tanpa senjata dan juga Kung Fu. Seperti episod sebelum ini, IP MAN sering ditentang oleh orang putih (AS), kerana tidak setuju seni Kung Fu diketengahkan, dan mereka begitu membanggakan karate sahaja.

Filem menjadi rancak apabila Bruce Lee , anak didik IP MAN yang mula mengajar seni Kung Fu kepada orang luar (selain cina) , kerana guru-guru lain menganggap orang putih sangat jahat & sentiasa menghalau mereka dari Amerika ( Sans Fransisco).

REVIEW FILEM IP MAN 4 : THE FINALE 

Sifu Ip Man disahkan ada penyakit dan tidak dapat hidup lama. Jadi babak sedih bila dia beritahu anak kandungnya tentang penyakit ini. Satu pawagam menangis beb bila babak ni. Jadi dalam filem ini, dilihatkan IP MAN sekali lagi menjadi paling hebat berbanding sifu-sifu lain menentang US ARMY.

Satu je babak yang abam nantikan, IP MAN & Bruce Lee bergabung sekali lawan kungfu. Namun yang ada mereka berlawan sendirian. Lagi satu, sebelum ni diwarwarkan Jackie Chan akan muncul dalam IP MAN 4, sekali hampeh tak ada hehe

Facebook Comments
Previous Juara Gegar Vaganza 2019 : Naqiu Boboy & Hady Mirza (dua JUARA)
Next Denda RM100ribu jika berniaga di lampu isyarat

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *