Buat mereka yang tinggal sekitar lembah klang , mesti selalu ternampak kereta yang datang tiba-tiba dari kanan atau kiri untuk potong line. Abam biasa sangat terjumpa ‘spesis’ mereka yang tidak menyabar beratur, kira dia nak cepat sorang je. Rupanya ada cara untuk kita buat aduan tentang kereta ni. Biar kita ajar sikit diorang ni sivik hehe.
Kebiasaan abam ternampak kereta potong line ni dekat bulatan batu caves. Dengan secara tiba-tiba nampak kereta (selalu kereta mahal) datang dari kanan untuk potong line. Kalau waktu pagi (peak hour), akan ada polis jaga sebab dah jadi kebiasaan mereka memotong line. Lagi satu lokasi area traffic light Sungai Choh Rawang.
JOM BUAT ADUAN TERUS KE JPJ (MELALUI EMAIL)
Menurut perkongsian dari pengguna twitter (@rejaie) , JPJ akan mengambil tindakan kepada mereka yang memotong barisan ini. Anda hanya perlu ikut format contoh di bawah (copy paste sahaja) dan terus email ke [email protected]
Anda boleh tiru sebiji atau ubah ikut keselesaan anda.
Ini contoh email yang boleh dibuat terus ke [email protected]
Salam,
Kejadian lebih kurang jam 0815hrs, Jumaat 25 January 2019, di simpang empat Kesas dan persiaran Kuala Selangor, sebuah motokar jenis (model kereta) , nombor pendaftaran (no plate kereta) telah menyalahgunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan di lampu isyarat.
Tujuan aduan untuk menerapkan etika pemanduan berhemah.
Diharap aduan ini akan diambil tindakan.
Sekian, terima kasih
Ini pula maklum balas dari pihak JPJ berkenan aduan yang telah dilontarkan. Ingat supaya tangkap gambar sekali yang jelas tertera nombor plat (no pendaftaran) kereta itu.
Jom kita bagi pengajaran sikit dekat golongan-golongan yang suka memotong barisan di jalanraya. Atau mungkinkah korang pon jenis memotong line? hehe
memang menyakitkan hati bila tiba-tiba ada kereta potong line ni. lepas ni senang la kalau nak buat aduan, hantar melalui email je 🙂
Bgusnya jika aduan kita dilaan baik oleh pihak berkuasa.. Bukan apa sesetengah tue bila aduan dah dibuat tpi tiada tindakbalas yg ditrima..
Wahhh baguslah boleh buat report kes macam ni. Selalu jumpa pemandu yang macam ni. Geram jugak
Bagus bila ada platform gini. Wujudkan kesedaran yang tak sepatutnya dilakukan. Jadinya lepas ni hope semua akan iktibar dan lebih berhati²
Kalau cakap pasai kereta suka pootong line ni banyak sangattt. Memang mulot ni asyik nak mencarut je.
Dahlaa muke kita ni looks alim alim..bila jadi kejadian ni abeh semua sumpah seranah kena kat pelaku tu hahaha ..