KLIA Express – Tambang confirm paling MURAH lepas guna cara ni


Banyak sebenarnya alternatif untuk korang gunakan nak ke KLIA & KLIA2. Entry kali ini, abam nak kongsikan pengalaman sendiri survey tiket paling murah untuk perjalanan ke airport. Korang ikut step-step di bawah, insyaAllah banyak penjimatan korang boleh dapat.

ALTERNATIF UNTUK ANDA KE KLIA & KLIA2

  • Shuttle bus (dari KL Sentral turun tingkat bawah , tak salah ada bas setiap 30 minit) – Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam juga
  • Grab/Mycar/lain2 E-hailing – Tambang berbeza bagi setiap ehailing. Jika anda datang berempat, memang SANGAT JIMAT jika gunakan ehailing car. Mycar setakat ni tambang paling murah
  • KLIA EXPRESS

Abam nak kongsikan cara korang dapatkan PALING MURAH. Harga asal perjalanan ke Airport adalah RM55 satu jalan & RM100 (pergi balik) – rujuk jadual dibawah

Ini adalah promosi NORMAL dari KLIA Express. Banyak lagi applikasi seperti Traveloka & sebagai berikan promo KLIA EXPRESS sehingga RM48 satu jalan.

Tapiiiii, dengan gunakan applikasi BOOST , korang boleh dapat tambang RM46.75 (dari RM55) & RM85 pergi balik (asal RM100). Setakat ini, Boost paling murah dan jimat. Kalau korang ada terjumpa mana-mana tempat lagi murah, boleh kongsikan dekat bahagian komen.

harga promo jika gunakan applikasi BOOST.

Korang download dulu applikasi BOOST di sini :

Download boost untuk android : TEKAN SINI

Download boost untuk Iphone : TEKAN SINI

Masukkan referal code = ahmi2yi

Ikut langkah di atas dulu, masukkan referal code = ahmi2yi untuk dapat duit free dalam wallet sebanyak RM5. Jika tidak, akaun ada kosong . Rugii

Ikut step di atas, pilih transport, kemudian terus tekan KLIA EXPRESS. Anda pilih tarikh & tekan 1 hala atau dua hala. Korang tak pasti lagi tarikh travel ? Jangan risau. Tiket ni tak ada tarikh, selepas pembelian korang ada masa sebulan untuk gunakan.

Dah settle pembelian, korang akan terima barcode (macam gambar di bawah). Jangan slide to right dahulu ya. Bila dah berada dekat kaunter baru slide. Pastikan anda screenshot siap-siap barcode, sebab masuk dan keluar perlu scan barcode yang sama.

Settle pembelian tiket KLIA EXPRESS secara online sahaja. Kalau beratur di kaunter, konfirm dapat harga normal. Abam sebagai rakyat marhaen, memang selalu cari cara paling jimat. Korang boleh sentiasa follow blog ni ya.

Macam mana nak guna barcode dari boost ?

Naik KLIA Express dari KL Sentral. Perjalanan ambil masa 29 minit sahaja ke KLIA, dan 33 minit ke KLIA2. Serius jimat masa n terjamin perjalanan korang dari tertinggal flight. Kalau nak jimat naik grab/mycar, risiko anda tersangkut di traffic jam (lagi2 jem highway elite).

Melainkan korang jenis keluar awal.

Train KLIA EXPRESS ada setiap 16 -22 minit. Jangan risau jika terkejar-kejar. Train akan berhenti sekitar 5 minit sebelum mulakan perjalanan. Perjalanan abam kali ini, direct terus KLIA tanpa berhenti. Puas hati jimat masa.

Bila dah tiba di KLIA dari KLIA EXPRESS, terus cari list ke tingkat 5 untuk PERLEPASAN.  

Sedikit tips untuk jimat makan di KLIA, anda makan siap2 di KL SENTRAL atau beli bungkus. Makanana di KLIA agak mahal . Nasi lemak sekitar RM20 ++. Rata-rata MCD KLIA pun harga mahal.

 

 

 

Facebook Comments
Previous Jalan-jalan cari makan di Terengganu
Next Cara buat aduan jika nampak kereta potong line

8 Comments

  1. Avatar
    December 19, 2019
    Reply

    wah.. aplikasi boost rupanya yang orang dok citer-citer tu.. boleh la download apps ni.. macam-macam boleh guna ni.. dapat murah dari yang lain

  2. Avatar
    December 19, 2019
    Reply

    wah.. menarik lah entri ni.. awat lah tak tau pun sebelum ni. baru je balik travel. hahaha nnt i nak try

  3. Avatar
    December 19, 2019
    Reply

    Terima kasih atas tips dan info. Memang berbeza harga dengan harga asal! Kalau saya pulak, saya suka naik motor je pergi KLIA 🙂

    • Avatar
      December 19, 2019
      Reply

      Nak lagi murah bawa kereta sampai terminal salah selatan. Naik dri situ hahaha tapi betullah, kalau guna boost dapat murah ni. Boleh cuba lepas ni kalau gerak daripada kl sentral

  4. Avatar
    December 20, 2019
    Reply

    Bagi yang travel selalu dengan KLIA express memang wajib ada this apps. Mudah dan murah harga tiketnya kan. Bagus ada apps macam ni

  5. Avatar
    December 20, 2019
    Reply

    Selalu bayar guna boost time beli makanan je. Tak tau plak leh guna untuk tambang ERL. Next time kalau nak travel boleh la try.. hehe

  6. Avatar
    December 20, 2019
    Reply

    Baiklah. Rawlins nak install Boost gak la, almaklum tak lama lagi nak menggunakan ERL ke KLIA.
    And boleh guna untuk transaksi lain-lain gak kan.

    • Avatar
      December 20, 2019
      Reply

      Murah gak harga promo yg ditawarkan. Memang terbaik bila ada servis mcm ni. Kiranya ada opt lain org nak ke klia

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *