Review filem Black Christmas : Fans filem thriller boleh layan ni


Salah satu filem yang baru saja ditayangkan mulai 12/12/2019  iaitu Black Christmas sempena perayaan Christmas yang tidak lama lagi. Namun filem ini mungkin boleh menyebabkan anda takut & trauma untuk mendekati perayaan christmas. Aksi bunuh-bunuh yang tidak terlalu keterlaluan (demi mengekalkan klasifikasi P13), namun abam rasa tetap tidak sesuai untuk bawa kanak-kanak menonton filem ini. Boleh dikatakan agak ekstream aksi pembunuhan di dalam Black Christmas 2019 ini.

Overall rating filem Black Christmas abam bagi 5/10 , sebab abam rasa jalan cerita yang diketengahkan director (Sophia Takal) agak menarik dari segi plot twist. Filem ini juga membawa idea ‘woman power‘, di mana kekuatan perempuan yang boleh mengalahkan lelaki-lelaki sehingga membunuh. “Lelaki” juga dianggap sebagai aset jahat , dikatakan juga lelaki “berkuasa” dan mampu buat apa2 saja kepada perempuan..

SINOPSIS BLACK CHRISTMAS 2019

Peristiwa pembunuhan berlaku pada cuti christmas dimana kebanyakan pelajar kolej akan pulang ke keluarga untuk bercuti. Tinggallah sekumpulan gadis yang tidak pulang & meraikan perayaan sesama mereka. Babak suspen muncul bila perempuan ini merendah2kan lelaki & sekaligus memalukan salah seorang lelaki di hadapan orang ramai.

Jadi atas sebab malu, mereka diburu oleh sekumpulan lelaki ini. Terus terang , babak bunuh oleh lelaki ini sepatutnya boleh jadi lebih ekstream, cuma mereka terlalu ‘slow’ dan bermain-main mengejar perempuan2 lain. Kalau ikut logik, banyak sangat peluang untuk diorang keluar ikut tingkap & lari.. Argghh.. Nama pun cerita kan. Layan jela

Buat yang tidak gemar filem jenis horror, thriller. Mungkin korang boleh layan Ejen Ali, Filem Wira , dan Frozen 2 . Antara filem yang masih kekal & mengejar kutipan tayangan.

Facebook Comments
Previous Daftarkan Maybank QRpay anda & terima RM20 tunai
Next Keropok Lekor terbaik di Terengganu setakat ini

6 Comments

  1. Avatar
    December 13, 2019
    Reply

    TB suka tengok filem horror sekarang ni.. walaupun penakot still nak tengok gak.. tapi kalau ada aksi berdarah-darah terlampau tu TB takut gak nak tengok.. huhu. serammmm..

    • Avatar
      Marina
      December 14, 2019
      Reply

      Baru tau ada cerita ni. Bolehlah tunggu CD nanti. Kat wayang tak layan biasanya sebab kalau tgk wayang bawak anak2 sekali

  2. Avatar
    December 13, 2019
    Reply

    Acah2 nak bagi mangsa terseksa lah agaknya tak bunuh terus hahahaha. Tak tengok lagi cerita ni. Tapi klu tak berapa nak thrill mcm tak menarik sgt je nak tengok huhu

  3. Avatar
    December 13, 2019
    Reply

    alamak. cerita christmas biasanya romantik gitu tapi lain pula utnuk kali ni ye. takpelah, mek pilih Jumanji.

  4. Avatar
    December 14, 2019
    Reply

    Cerita2 thriller dan seram nie mmg suka tengok. Dah masukkan movie nie dalam list. Nanti free boleh tgok

  5. Avatar
    xulhlmi
    December 18, 2019
    Reply

    hehhe takutlah nak tonton cerita thriller ni, takut termasuk dalam mimpi je. Pastu tak berani tengok ada aksi2 bunuh dan terkejut ni

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *