Jumanji 2019 : The Next Level HAMBAR??


Rating 6/10 untuk Jumanji The Next Level dari kami. Siri ini adalah sambungan dari Jumanji sebelum ini yang menggunakan barisan pelakon yang sama , diketuai oleh The Rock. Jika dibandingkan dengan filem Jumanji Origin 1995, sangat jauh berbeza dan abam lagi suka filem lama jumanji 1995 dulu. Filem Jumanji yang diolah semula ini lebih kepada filem berbentuk komedi. Filem santai untuk seisi keluarga sahaja. Layan dulu trailer full Jumanji The Next Level 2019 ini :

Apa-apa pun, filem Jumanji The Next Level 2019 ini lebih menarik & padat aksi humor (lawak) berbanding yang sebelum ini. Jadi buat mereka yang mencari hiburan untuk bergelak ketawa minggu ini, boleh la layan filem ini ( mula tayangan 5 DEC 2019)

Walaupunnnn, ada babak ganas , tiada sebutir darah pun yang keluar , demi mengekalkan klassifikasi P13 itu. Abam rasa kalau P18, mungkin kurang sambutan.

REVIEW FILEM JUMANJI THE NEXT LEVEL 2019

Abam cadangkan korang layan dulu Jumanji sebelum ini lakonan The Rock juga, ada sedikit sambungan yang boleh korang faham. Filem ini tidak berat, tidak perlu kekuatan untuk terlalu berfikir.

Sekumpulan remaja masuk semula ke dalam games Jumanji (berbentuk games di TV), demi mencari kawan mereka (spencer) yang buat hal masuk sendiri ke dalam games jumanji. Bagi yang sudah mengikuti Jumanji sebelum ini, Jumanji Welcome To The Jungle , lokasi permainan mereka mungkin anda masih ingat. Cuma kali ini, ada sedikit ubah suai, sikit je ya.

Korang dah layan ke Jumanji The Next Level ni ?? Apa komen korang ? Best ? kalau nak puas hati, baik korang layan Ejen Ali. Setakat ni, abam tengok rating semua 10/10. Paling kurang 9.8/10. Meh baca review dekat SINI.

 

Facebook Comments
Previous Pengalaman di Capsul Hotel Langkawi - TUBOTEL
Next Knives Out 2019 - Lakonan James Bond memang kreatif giler

10 Comments

  1. Avatar
    December 10, 2019
    Reply

    Jumanji 1 dah tengok. Memang anak Sis tak sabar nak tonton Jumanji yang terbaru ni. Depa nak tau… kenapa Spencer baiki ‘game’ yang dah mereka sepakat pecahkan dahulu.

  2. Avatar
    December 10, 2019
    Reply

    jumanji ni memang dah masuk dalam list nak bawak anak anak tengok movee lepas ejen ali aritu.. takkkk sabarrrr pulerrr…yang 1st tu best, yang ni mesti lagi ohsem kannn…

  3. Avatar
    December 10, 2019
    Reply

    Sebab dah tonton so bagi saya filem ini menghiburkan. Kelakar. Sebab saya jenis susah juga terhibur tapi boleh gelak beria ia hehe

  4. Avatar
    December 10, 2019
    Reply

    Semua siri Jumanji tang terbaru ni belum ditonton lagi. Dah berapa siri Jumanji dah ada ni. Kalau ada The Rock memang sure la komedi. Streaming la kejap lagi.

  5. Avatar
    December 10, 2019
    Reply

    Jarang hambar kalau ada Jack Black berlakon. Hehe..n memang suka tengok The Rock berlakon. Ape2 pon nnt nak tengok la juga.

  6. Avatar
    December 11, 2019
    Reply

    wow, ejen ali lebih hot dari jumanji ker, abam?
    lom sempat layan jumanji ni. weekend ni lah.
    kalau la ada lagi kat panggung. frozen 2 pun lom sempat layan.
    ejen ali confirm lah sudah 🙂 support filem animasi Malaysia!
    jumanji ni, still aida favour yg lama punyer.
    lebih real. lebih cantik kejutan dari mainan jumanji tu.
    tak henti keluar mcm2.
    jumanji yg the rock ni, so so jer lah. but still ok 🙂

  7. Avatar
    December 11, 2019
    Reply

    minat dengn the rock. definitely will watch this insyaAllah. tapi keutamaan ttp kena ejen ali. hihi

  8. Avatar
    December 11, 2019
    Reply

    saya terpaksa scroll laju2 artikel ni sebab untuk elakkan spoiler hehe. saya belum tgok lagi filem ni, in shaa Allah dalam masa terdekat.

  9. Avatar
    December 12, 2019
    Reply

    Nad dah tengok jUmanji sebelum ni..hehee..wah ada yang baru ye..mesti kene tengok jug ani..tunggu lakeluar astro..hahaaa

  10. Avatar
    December 13, 2019
    Reply

    I haven’t watch this yet. I can’t wait for the weekend to come to watch this!!!!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *