Buffet ala2 gerai – Setiap hari sabtu Sahaja (Grand BlueWave)


Abam teringin nak dinner di hotel kali ini. Rasa macam lama pulak tak rasa makanan hotel (walhal baru 2 hari lepas bercuti dekat Langkawi ) haha. Tekak terasa nak lepak sambil dinner area Shah Alam, jadi abam roger kawan blogger abam Fareez Aeezh (single lagi) , jadi fareez cadangkan makan dekat hotel Grand BlueWave. Dia kata sebelum ni dinner makanan chinese dekat sini, sedap sangatttt.. Dengar sedap sangat tu buatkan diri ini tidak keruan.

Tengok dekat website ada promosi baru, sempena December 2019 sahaja, Grand BlueWave Hotel Shah Alam ada promosi buffet baru iaitu “Saturday Hawker Night” atau translate dinner bertemakan gerai. Semestinya gerai pelbagai bangsa ada disini. Puas hati dapat cuba makanan chinese, indian dan melayu sekaligus.

Ada beberapa makanan yang jadi favourite abam , seperti Chinese Pancake (sedap giler), mee kari (kuah pekat melekat) dan ofcourse dessert (cheese cake & macaroons)

Banyak lagi yang sedap di Saturday Hawker Night , korang boleh mula dengan meals berat seperti nasi dan lauk-lauk , dan kemudian diikuti makanan tambahan seperti satay ayam & daging, roti john, dan mee laksa, mee kari .

Abam galakkan korang datang seawal 6.30petang, makan secara santai di restoran Royale Songket Restaurant ( Level G ). Buat yang muslim ingin solat maghrib, boleh ke surau (tingkat 1A) , dan kemudian sambung makan semula. Jangan gopoh-gopoh , makanan dihidang sehingga 10.30 malam , setiap hari SABTU SAHAJA pada bulan Disember 2019.

Jom abam bawak terjah satu-satu gerai yang ada mengikut jenis masakan.

Makanan Utama ( by Little India )

ayam masak merah

kari ikan

daging hitam

kari kambing

kobis goreng kunyit

Pilihan sup pula yang ada seperti Szechuan Crab Meat Soup & Sup Tulang Daging Tetel.Okay jom kita lihat menu yang ada disediakan di gerai-gerai.

chef-chef buat masakan secara langsung . Konfirm panas

shawarma dan pita 

buat peminat corndog , korang boleh makan disini . Unlimited , tambah la banyak mana pun

China Town – Mee wantan dia sedap (campur semua dan gaulkan) + pancake chinese superb

texas ranch – Sosej panjang dan pizza (sosej abam tambah 2 kali hehe)

Kudap-kudapan ( Ketam goreng tepung, samosa, Keropok lekor dan keropok keping)

Dessert – Creampuff , cheese cake, dan macoroons favorite abam hehe

Banyak lagi menu-menu yang abam tak sempat tangkap gambar terus terkam seperti mee laksa dan pasta E-Olio. Korang boleh tengok menu dibawah sebagai rujukan. Sediakan perut kosong ya, sebab konfirm korang kenyang.

Gerai LITTLE INDIA – Roti canai , Vadei , Marukku , Dhall , Kari Ikan , Kari Kambing , Kobis Goreng Kunyit , Daging Hitam , Ayam Goreng Berempah/Sambal , Papadom & Nasi Putih

Gerai TEXAS RANCH (western) – Foot Long Sausage , Piza

Gerai ITALIAN CORNER – Pasta E-Olio, Sos Bolognese dan Bebola Daging Keju Berkrim

Gerai PENANG STREET – Rojak buah dan Sotong Kangkung

Gerai CHINESE TOWN – Dim sum , Chinese Pancake , dan Mee Wanton

Gerai NYONYA STREET – Laksa nyonya Melaka

Gerai SUP – Sup tulang daging tetel , dan Szechuan Crab Meat Soup

Gerai DESSERT – Air batu campur leleh , Ice Cream , Bubur Jagung Manis , Aneka Kek

HARGA PAKEJ BUFFET – RM69.00 Dewasa / RM34.50 Kanak-kanak (4 – 11 tahun)

Hubungi 03-5511833 ( sambungan 2723, 2724, 2606) atau email : [email protected]

 

 

Facebook Comments
Previous Youtuber patut ada peralatan ini untuk shooting video
Next Pengalaman di Capsul Hotel Langkawi - TUBOTEL

8 Comments

  1. Avatar
    December 8, 2019
    Reply

    serius bagi yang xtau nak makan malam kat mana pada malam sabtu, boleh lah datng kat sini, makanan not bad sedap, fresh chef masak depan mata… Awesome sangat.

  2. Avatar
    December 9, 2019
    Reply

    eyh, food street dalam hotel memang awesome ! mek di kelantan ada juga satu hotel yang buat food street macam ni. memang shok habis.

  3. Avatar
    December 10, 2019
    Reply

    Murah pula harganya kan. Makanan dia pun pelbagai kan.
    Nampak gaya Rawlins kena bawa kengkawan ke sini pula sebab kengkawan suka makanan sebegini.

  4. Avatar
    Marina
    December 10, 2019
    Reply

    Uish macam-macam jenis food ada. Menarik ni. Itali, indian, chinese, malaysian ada. Puas merasa

  5. Avatar
    December 10, 2019
    Reply

    gini la yg menjemput lebih ramai org dtg.
    ksebab menu nyer so so dekat di hati.
    then, tourists dtg,boleh merasa makanan kita.
    Malaysian dishes yg ohsem.

  6. Avatar
    December 10, 2019
    Reply

    Wah adaa buffet ala ala gerai di bluewave la. Macam macam menu ada disediakan. Nampak sedap semua menu yang disediakan. Kena cuba sekali sekala makan di sini.

  7. Avatar
    December 10, 2019
    Reply

    Ruginya tak pi tu ari.. Menyelerakan sungguh. Banyak pelbagai menu yang ada! Meriah… Harga pun not bad. Ok laaa boleh bawak family sekali sekala weekend bonding time gitu

  8. Avatar
    December 12, 2019
    Reply

    Fuhhhhhhh terbaik. Untung orang shah alam ada hotel gini. Saya suka pi hotel ni masa bulan Ramadan. Sedap! Pastu dekat dengan rumah family. So gantung periuk, makan di hotel. hehehe.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *