Frozen 2 kembali MEGAH lagi setelah 6 tahun menyepi


Frozen 2 muncul kembali setelah 6 tahun sejak Frozen 1 (2013), mengekalkan pengarah yang sama iaitu Jennifer Lee, Chris Buck. Frozen 1 berjaya buat kutipan jualan sebanyak RM5.3Billion ( sekaligus masuk top 10 filem box office). Persoalannya , adakah Frozen 2 berjaya mengatasi kutipan filem Frozen 1 yang menjadi kegilaan ramai kanak-kanak termasuk dewasa. Jom saksikan trailer filem Frozen 2 :

Trailer Frozen 2 di youtube sahaja sudah mencecah 22 juta views, pastinya ramai yang ternanti-nanti kemunculan Frozen 2 ini. Baru saja mula tayangan di pawagam seluruh Malaysia sejak 21/11/2019, yang pasti Frozen 2 masih mengekalkan barisan pelakon utama seperti Frozen 1 pada 2013.

SINOPSIS FILEM FROZEN 2 

Untuk yang belum pernah ikuti Frozen 1 ( eh ada ke yang tak pernah tengok ? hehe), anda tak perlu risau , sebab dalam filem Frozen 2 sendiri memang ada ulasan oleh Olaf tentang Frozen 1. InsyaAllah boleh faham.

Kali ini Elsa & Hanna ada misi untuk mencari sesuatu yang misteri yang kerap memanggil2 Elsa. Bagaikan ada sumpahan yang belum selesai. Jadi dengan sifat ingin tahu seorang remaja, Elsa dan kawan-kawan pergi kawasan yang memangil2 untuk tahu apa yang berlaku sebenarnya ( hint – ada kaitan dengan ibu bapa Elsa).

KOMEN TENTANG FROZEN 2

Filem kali ini abam beri rating 7.5/10 , bukan nak kata tak best. Cuma Frozen 1 lebih padat & puas hati layan berbanding Frozen 2 yang abam rasakan tayangan filem cukup singkat ( 1 jam 44 minit sahaja ) berbanding Frozen 1 ( 2 jam lebih ).

Mungkin pihak TGV & GSC boleh buat alih suaran ke bahasa Malaysia sepertimana Frozen 1. Abam tengok reaksi dalam wayang, ramai kanak-kanak ketawa lagi-lagi bab Olaf berkata-kata, cuma abam rasa diorang gelak sebab gelagat saja, mungkin diorang tak faham Olaf cakap apa pun haha.

Ohh ya, Elsa nampak cantik pulak dalam Frozen 2 ni . Konfirm anak-anak gadis akan admire lagi Princess Elsa mereka ni, silap-silap bapak budak pun suka. Spoiler sikit = Olaf mati . K baii

 

Facebook Comments
Previous Filem Wira 2019 - Antara filem wajib tonton
Next Youtuber patut ada peralatan ini untuk shooting video

4 Comments

  1. Avatar
    November 23, 2019
    Reply

    Rawlins tak sabar nak tengok gak. Tapi maybe time balik kampung kelak baru pergi tengok – nak ajak anak-anak saudara sekali sebab mereka dah tak sabar nak menonton gak.

  2. Avatar
    November 23, 2019
    Reply

    kalau ikut anak mek memang kenal dengan kartun frozen ni. yang pertama mungkin tak sempat dengan depa (sempat dengan mummy depa je). boleh lah treat anak anak untuk tengok wayang.

  3. Avatar
    Marina
    November 23, 2019
    Reply

    Dah tengok dah frozen 2. Marina rasa yg second pon best jugak. Lagi banyak aksi dari frozen 1

  4. Avatar
    November 24, 2019
    Reply

    Baca komen kat fb cerita ni cam x sesuai utk kanak2. Banyak adengan mcm org dewasa, kissing dll

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *