Filem Wira 2019 – Antara filem wajib tonton


Seriusly selepas Paskal, abam kagum babak-babak aksi dalam filem Wira 2019 lakonan Hairul Azreen kali ini. Tidak seperti filem sangkar yang lebih kepada drama, WIRA 2019 lebih menonjol babak aksi bergaduh (MMA fighting) yang seakan ‘real’. Dapatlah mengubat hati kita tonton filem sangkar baru-baru ini. Jom layan trailer dulu :

Okay sebelum ramai fikir panjang, filem WIRA ini adalah susulan filem PASKAL (filem terbaik tempatan no 2 2018). Adrian Teh menjadi pengarah yang sama seperti filem FASKAL. Jadi ‘vibe’ filem kebanggaan Malaysia ini diteruskan & sekaligus mengharumkan nama filem negara kita. Rata-rata pengkritik filem memuji filem WIRA 2019 , jadi adakah anda tergolong di dalam golongan memuji atau mengkeji ? hehe

Rating filem wira 2019 , abam beri 8/10. Selain muncul penampilan khas pelawak terkenal Zizan Razak, filem ini turut disertai pelakon indonesia bertaraf ‘Hollywood’, siapa lagi kalau bukan Yayan Ruhian.

Yayan Ruhian yang baru saja berlakon dalam filem John Wick 3 , turut memeriahkan aksi gaduh di antara para pelakon. Pastinya korang tak akan sumpah seranah selepas tonton filem WIRA 2019.

SINOPSIS FILEM WIRA 2019

Hassan (Hairul Azreen) yang baru saja pulang dari bertugas sebagai tentera di Markas Tentera Machang selepas 8 tahun tidak pulang ke rumah. Hassan ingin membawa Zain (adik perempuan) dan Munas (ayahnya) berpindah dari rumah flat yang tidak terurus & sangat kotor di dalam filem ini.

Selain kawasan mereka dijajah oleh Raja (watak ni abam minat) , yang kononnya ingin membantu penduduk setinggan ini pindah ke rumah flat , dan diberi kerja 20 jam sehari & 7 hari seminggu. Seolah-olah mereka menjadi hamba abdi kepada raja.

Nampaklah juga effort Hairul Azreen (walaupun tak minat sangat dia ni), berlatih ‘mma fighting’ dan jaga badan untuk ditayangkan dalam filem WIRA 2019. Watak Zain (Fify Azmi) juga nampak tangkas dalam berlawan dengan VEE (Henley Hii). OVERALL, korang wajib layan filem WIRA 2019 , mula tayangan seluruh Malaysia 21/11/2019 , serentak dengan Frozen 2.

 

Facebook Comments
Previous Cara download lagu PERCUMA di Iphone
Next Frozen 2 kembali MEGAH lagi setelah 6 tahun menyepi

7 Comments

  1. Avatar
    November 22, 2019
    Reply

    Tak sabar nak tengok filem ni. Sejak tgok cite Paskal, sis jd suka tgok aksi Hairul bawak watak macam ni, sesuai le dgn muka dan tubuh dia.

  2. Avatar
    November 22, 2019
    Reply

    Okay, filem Paskal pun saya tak sempat nak tengok sebab lebih kepada filem English dan Marvel hehe. In shaa Allah jika ada rezeki saya akan tonton kedua-dua filem yang disebutkan.

  3. Avatar
    November 23, 2019
    Reply

    Belum tengok lagi filem ni. Ramai kata best sebab sudutan aksi dalam filem ni memang mengagumkan. Hopefully filem ni mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia

  4. Avatar
    xulhlmi
    November 23, 2019
    Reply

    wahhh mesti best cerita ni, kene support ni filem Malaysia.

  5. Avatar
    November 24, 2019
    Reply

    Sekarang macam dah sinonim watak fighter ni dengan Hairul Azreen. Tengok kat TV behind the scene WIra memang dasat juga hairul berlatih. Pelakon lain pun sama. Hope berbaloi la pi tengok nanti..

  6. Avatar
    November 25, 2019
    Reply

    Filem paskal pun best, apatah lagi filem ni, mesti best juga..nanti dh kelaur mana-mana baru tengok..nak tengok wayang tak dapat dengan budak2 ni

  7. Avatar
    Faris
    November 28, 2019
    Reply

    Lakonan hairul azreen mmg tak dpt dinafikan lagi. Memang best. Belum berkesempatan lg nak tengok. Soon insyaallah

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *