Puas hati dapat juga rasa Grilled Butter Chicken balik


Fuhh.. Puas hati aku dapat rasa balik Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop (TCRS) ni. Lama tunggu sebelum ni, maklumlah menu ni keluar untuk tempoh masa tertentu sahaja. Untuk kali ini, menu Grilled Butter Chicken ni muncul mulai NOVEMBER 2019 sehingga JANUARI 2020 ( 3 bulan sahaja gais).

Jom layan review abam dulu. Mana tahu korang pun peminat setia ayam butter ni.

Malaysia sememangnya sudah sinonim dengan makanan seperti nasi lemak ( sebelah pagi) , dan nasi ayam (tengah hari). Namun sekarang menu-menu ini dijadikan juadah utama setiap masa, lagi-lagi mereka dari pantai timur yang suka sangat makan nasi sebagai sarapan.

Sebagai salah seorang pengunjung setia The Chicken Rice Shop (TCRS), korang mesti selalu ‘alert’ dengan promosi yang adakan seperti (gambar di bawah), setiap 18haribulan, anda boleh beli set ayam (1/4) dengan harga RM1.80 sahaja. Pastinya abam dan kawan-kawan setia menunggu 18hb untuk makan disini. Promosi ni khas untuk ‘dine in’ sahaja ye. Bungkus bawa balik tidak dibenarkan hehe.

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS KEMBALI

Menu ini diperkenalkan semula dalam menu di TCRS berikutan ramai permintaan dari pengunjung setia. Boleh dikatakan antara menu top selling di TCRS. Jadi untuk waktu yang singkat ini (nov 2019 – Jan 2020) , menu ini kembali menyengat. Pastikan korang set masa siap-siap untuk bawa family datang. Abam dah cuba sendiri dekat The Chicken Rice Shop cawangan Aeon Rawang tadi (18/11/2019).

Komen abam, ayam yang disajika memang meriah (banyak isi) dan rasa daun kari serta cili padi itu terasa. Nak kata pedas tak juga, sedap-sedap rasa. Konsep ayam grilled butter chicken TCRS adalah boneless (tanpa tulang) , alaa sama macam chicken chop tu .hehe

REVIEW IKHLAS – Portion ayam tu dah cukup banyak, kalau boleh kuah lebihkan ye hehe

 

Tunggu duluuuuu…

Buat kakitangan kerajaan ( 10% discount ) untuk menu normal , dan (20% discount) untuk senior citizen. Korang boleh check facebook The Chicken Rice Shop (TCRS) untuk sentiasa update tentang promo, aktiviti terkini dan menu-menu terbaru.

Facebook Comments
Previous Bateri Iphone 11 ku bertahan 2 hari 18 jam
Next Cara download lagu PERCUMA di Iphone

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *