Cara download lagu PERCUMA di Iphone


Bila sebut tentang iphone , terbayangkan satu gadget yang ‘stand alone’ & kedekut ? Sebab semuanya perlu bayar jika nak guna apa-apa applikasi kecuali yang PERCUMA. Berbanding dengan handphone jenis android, banyak cara untuk gunakan applikasi berbayar seperti root atau jailbrake. Tapiiiiii, sekali korang buat jailbrake, warranty handphone hilang ye.

Walaupun Iphone ini ‘kedekut’, namun abam rasa ia berdiri di atas brand yang kuat iaitu APPLE. Cuma tanya rata-rata kawan yang guna Iphone, sebab apa mereka guna Iphone ? Mungkin rata-rata bagi jawapan “ Apple kot bro “.. Selain barang keluaran APPLE ini bebas virus , tidak seperti android, namun ada juga pro & cons seperti memory yang ‘built in’ tidak boleh ditambah seperti android yang gunakan memory card ( boleh upgrade memory).

Namunnnnnn, jangan risau. Kita (iphone user) ada back up memory seperti I-cloud. Cuma seperti biasa, berbayar hehe.

CARA MUDAH DOWNLOAD LAGU PERCUMA DI IPHONE

Jom abam terangkan cara yang abam biasa guna untuk download lagu ke iphone tanpa berbayar. Berbayar ni seperti yang kita tahu beli lagu di iTunes. Korang cari & download applikasi Documents by Readdle ( seperti gambar di bawah)

Download terus di appstore : TEKAN SINI

Kemudian masuk ke dalam applikasi Documents, pilih button services bahagian bawah, kemudian pilih “CONNECT TO COMPUTER”. Korang boleh link dengan komputer jenis apple atau windows. Janji korang buka browser, tekan link website seperti dalam gambar  ( https://docstransfer.com/)

Korang akan terima 4 digit nombor di handphone Iphone korang, masukkan nombor tersebut dekat link website https://docstransfer.com/ . Tadaaa.. Siap link kan iphone kepada komputer anda.

Okay, tanda di atas bermaksud anda sudah berjaya link. Apa yang boleh buat dengan applikasi Documents ni ??

  1. Transfer lagu dari komputer anda ke iphone. Macam mana ? Download mana-mana lagu yang korang minat (gunakan youtube downloader paling senang) , atau mana-mana website yang boleh download lagu format MP3.
  2. Transfer Video (Format MP4) – Sesuai untuk yang nak layan movie atau video di Iphone anda
  3. Upload Video/Lagu dari Iphone ke komputer – Sesuai buat youtuber yang suka rakam video, terus gunakan applikasi ini supaya jimat masa transfer video cara manual anda. Kecuali anda gunakan Macbook ( boleh guna iTunes)

 

Facebook Comments
Previous Puas hati dapat juga rasa Grilled Butter Chicken balik
Next Filem Wira 2019 - Antara filem wajib tonton

3 Comments

  1. Avatar
    November 20, 2019
    Reply

    wow.. kalau artikel yang berani mati ini. melawak ja. ada banyak teknik walhal x guna apps.. hehe. just google ja.. btw terima kasih bro share ilmu

  2. Avatar
    November 22, 2019
    Reply

    Perkongsian yang sangat bagus! Pengguna iPhone wajib tahu tips ni. Kena kasitau war warkan pada kengkawan.

  3. Avatar
    November 23, 2019
    Reply

    kena study balik ni. kena baca sambil buat terus. thankyou ye untuk sharing ni. tak semua orang tahu ni.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *