Perisik Charlie’s Angels Kembali beraksi selepas 16 tahun


Fuhh. Lama betul tunggu kemunculan Charlie’s Angels. Dulu waktu muda-muda adalah layan sikit-sikit sebab pelakon dia cantik dan kuat2 hehe. Buat peminat setia Charlie’s Angels terutamanya kaum wanita, pasti anda excited sebab ada juga pelakon lama yang muncul. Siapa ?? Rahsiaaa.. haha. Jom layan trailer Charlie’s Angels 2019 ini dulu  :

SINOPSIS CHARLIE’S ANGELS 2019

Filem sequal terbaru Charlie’s Angels 2019 terbitan Elizabeth Banks ini sekali lagi membawa mood “GIRLS POWER” . Banyak betul filem yang ketengahkan kaum wanita sebagai hero & kuat . Last filem yang abam perasan Terminator Dark Fate yang masih dalam tayangan di pawagam sekarang.

Filem Charlie’s Angels kali ini seperti biasa, mereka akan ada misi yang harus diselesaikan. Namun ada plot twist yang abam rasa korang akan terkejut dalam filem kali ini. Cerita nanti jadi spoiler pulak hehe.

Filem berdurasi 1 JAM 59 MINIT ini juga terasa singkat, dek kerana babak aksi yang padat , dicampur dengan komedi (sikit je) . Buat yang pertama kali nak layan Charlie’s Angels, filem ini lebih kurang Kingsman saja sebenarnya (versi lelaki). Di mana mereka ada agent di setiap kawasan masing diketuai oleh Bossley (Leftenan) yang jaga mereka.

Ada juga babak sedih seperti Bossley mereka ditembak mati. Opss. hehe. Sekarang nak melayan hiburan keluarga boleh la untuk filem ini (P13) walaupun ada aksi bunuh-bunuh yang agak kurang sesuai kanak-kanak tengok . Overall rating Charlie’s Angels abam bagi 7/10 

Buat yang mencari filem untuk tonton minggu ini, mungkin korang boleh layan FILEM FORD V FERRARI , filem ni best jugak, lakonan Matt Damon & Christain Bale (REVIEW DISINI) , dan juga filem CODE 8 (Trailer CODES SINI) . Cuma filem CODE 8 ni tak ditayangkan di TGV. Selected cinemas only

 

Facebook Comments
Previous Ford V Ferrari : Filem Perlumbaan Berdasasrkan Kisah Benar 1966
Next Bateri Iphone 11 ku bertahan 2 hari 18 jam

6 Comments

  1. Avatar
    November 19, 2019
    Reply

    lagi epik kalau the old charlie’s angels berlakon untuk sequel yg kedua nie. tapi xperlah, pelakon kali nie pon tak kurang hebatnya. tak sabar nak tengok nanti

  2. Avatar
    November 20, 2019
    Reply

    Tak sabar nak tengok Charlie’s Angels ni. Mmg suka cerita CA dari dulu. Kali ni muda-muda betul Angels nya. Hehe.

  3. Avatar
    November 20, 2019
    Reply

    i suka gila charlies angel dulu tp yg baru ni macam agak turn off sikit sebab macam tak fashionable mcm dulu.

  4. Avatar
    Marina
    November 20, 2019
    Reply

    Pelakon-pelakon baru ye. Tak tengok lagi citer ni. Nanti nak gi tengokla

  5. Avatar
    November 23, 2019
    Reply

    antara cerita yang ada di panggung yang mek nak tengok. siapa yang tak suka charlies angles kan.

  6. Avatar
    November 24, 2019
    Reply

    pelakon lain dah ek. suka citer ni sebab ala-ala women power giteww

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *