Ford V Ferrari : Filem Perlumbaan Berdasasrkan Kisah Benar 1966


This image released by 20th Century fox shows Christian Bale in a scene from "Ford v. Ferrari," in theaters on Nov. 15. (Merrick Morton/20th Century Fox via AP)

Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada Director Filem Ford V Ferrari iaitu James Mangold kerana telah berjaya terbitkan sebuah filem yang menampilkan dua hero fevret abam iaitu Matt Damon, Christian Bale dalam satu filem berdasarkan kisah benar. Boleh dikatakan bijak kerana bawa dua nama besar sekali dalam filem ini sebagai daya tarikan. Teringat filem lain berdasarkan kisah benar juga iaitu Once Upon a Time In Hollywood baru2 ini lakonan Leonardo DiCaprio, Brad Pitt yang dapat rating tinggi 8/10 dari rata-rata penonton.

Filem Ford V Ferrari ni abam bagi rating 8/10. Filem yang baru saja di tayangkan di seluruh pawagam Malaysia iaitu bermula 14 Nov 2019 ini rata-rata memberi pujian atas lakonan para pelakon. Sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat , sama ada yang betul-betul minat automotif seperti kereta lumba, penggemar kisah benar dan motivasi , juga kepada yang ingin mendapatkan semangat bangkit dari kegagalan. Semua ‘all in’ dalam satu filem Ford V Ferrari ini.

Sinopsis Filem Ford V Ferrari

Berkisarkan tentang zaman kegemilangan perusahaan kereta Ford & Ferrari awal tahun 1960an. Bagaimana syarikat Ford yang hampir diumumkan bankrup, dek kerana peredaran zaman dimana remaja lebih gemarkan kereta sport & laju seperti Ferrari. Ferrari yang kita tahu dari Itali memang sudah gah nama di mana-mana perlumbaan kereta. Jadi owner syarikat Ford “Henry Ford 2” setuju untuk keluarkan kereta lumba Ford dan ingin bertanding di arena. Ini antara idea yang dikeluarkan untuk Ford bangkit semula dari bankrupsi.

Watak yang abam minat dalam filem in adalah Matt Damon. Berpewatakan sebagai seorang yang handal dalam bidang sales terutamanya dan petah berkata-kata. Setiap kali jumpa pelanggan saja, close sales. Hebat sangat haha. Christian Bale pula adalah pelumba dan mekanik yang sangat mahir dalam perlumbaan. Seorang yang dedikasi dalam realisasikan impian FORD yang ingin kalahkan FERRARI dalam pelumbaan Le Mans pada tahun 1966

Mulanya ingat nak review ringkas, tapi abam teruja pula dengan jalan cerita filem FORD V FERRARI ni. 2 jam 33 minit tak rasa lama pun. Sebenarnya boleh panjang lagi penceritaannya, tapi dipendekkan dan ‘straight forward’. Serius yang tak minat kereta pun, boleh jadi minat. Layannnnzzzz

 

 

Facebook Comments
Previous 7 Hari: Kisah Cinta Langkawi - Kisah seorang Vlogger
Next Perisik Charlie's Angels Kembali beraksi selepas 16 tahun

1 Comment

  1. […] boleh layan FILEM FORD V FERRARI , filem ni best jugak, lakonan Matt Damon & Christain Bale (REVIEW DISINI) , dan juga filem CODE 8 (Trailer CODES SINI) . Cuma filem CODE 8 ni tak ditayangkan di TGV. […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *