7 Hari: Kisah Cinta Langkawi – Kisah seorang Vlogger


Tengok tajuk saja kita boleh tahu movie 7 HARI : KISAH CINTA LANGKAWI ini berkisarkan genre percintaan. Buat yang ingin menggamit memori zaman percintaan sesuai la layan movie ini. Secara keseluruhan rating abam beri 4/10 . Jom layan trailer dulu sebelum abam ulas lanjut :

Filem arahan Anwardi Jamil ini berani menampilkan barisan pelakon yang mungkin ada sebilangan tidak begitu kenali selain Mark Adam. Antara barisan pelakonnya ialah Josiah Hogan, Mark Adam, Peter Davis, Chi Azim.

Filem ini sebenarnya bukan bermotifkan percintaan sangat. Namun ia lebih kepada memperkenalkan Langkawi sebagai tempat percutian kepada umum. Dalam filem 7 Hari : Kisah Cinta Langkawi memperlihatkan antara keunikan Pulau Langkawi seperti Pantai Cenang & Pekan Kuah. 

REVIEW FILEM 7 HARI : KISAH CINTA LANGKAWI

Seorang vlogger lelaki (Josiah Hogan) telah mencabar Vlogger perempuan (Chi Azim/ pelakon baru) untuk memikat si lelaki ini dalam masa 7 hari, dek kerana Chi Azim telah menerbitkan buku bertajuk “Petua memikat lelaki dalam 7 hari”.

Jadi demi memikat Josiah Hogan, mereka telah lakukan pelbagai aktiviti menarik di Langkawi seperti :

  • Jet Ski
  • Sky Cab Langkawi
  • Buffalo Milk Langkawi
  • Air Terjun Langkawi
  • Pantai Kok,
  • Pantai Cenang Langkawi
  • Tanjong Rhu

Jadi buat mereka atau vlogger yang ingin ambil idea untuk buat review , boleh la tonton filem ini. Jangan terlalu letak ‘high expectation’ yer…

Oh yaa. Tahu tak sekarang ni youtuber/ content creator di youtube sudah dikira sebagai kerjaya?? Dahulu kala mungkin sebagai hobi, namun sekarang ramai yang mula belajar cara buat duit dengan youtube, dan ada yang sudah bergelar jutawan pun.

Buat yang nak belajar TRICK & TIPS cepat jana income YOUTUBE, boleh follow Facebook ARD DONIVIA. Salah seorang yang aktif melatih artis, usahawan menjana duit dari mesin youtube. Antara portfolio terbesar beliau channel Shuib Sepahtu (Tikus gais, tikut).

 

Facebook Comments
Previous Kereta sewa paling murah setakat ni. SERIUS
Next Ford V Ferrari : Filem Perlumbaan Berdasasrkan Kisah Benar 1966

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *