Vivo Nex 3 mampu bersaing dengan model spec tinggi yang lain?


Syarikat pengeluar telefon pintar Vivo memang sudah sinonim dan sebati dengan kita terutama rakyat Malaysia. Setiap kali teringat Vivo, abam teringat dekat duta Vivo iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza , yang sentiasa di hati abam hehe.

Tahniah diucapkan atas keluaran terbaru VIVO iaitu NEX 3. Firstly abam kagum tengok features yang dikeluarkan Vivo melalui Nex 3 ini, mengikuti perkembangan telefon pintar yang lain. Tak mustahil juga Vivo boleh menjadi No. 1 di pasaran dunia jika berterusan keluarkan produk yang mengikuti kehendak pengguna terutamanya.

Bukti ramai pengguna menggemari handphone VIVO semestinya penggunanya yang telah mencecah 200,000,000 (200 juta) pengguna seluruh dunia. Giler beb. Dalam Malaysia sahaja VIVO dah capai 4,000,000 (4 juta) pelanggan setia.

SEBAB APA PILIH VIVO NEX 3?

 1. KAMERA 

Kini kebanyakan smartphone sinonim dengan kamera yang lebih daripada satu (suatu masa dahulu). Vivo Nex 3 tampil bergaya dengan tiga kamera di bahagian belakang di bahagian tengah ( 64MP Kamera utama, 13MP wide angle, dan 13MP telescopic )

Manakala kamera di bahagian hadapan (16MP). Kamera bahagian hadapan akan keluar apabila kita tekan button camera bahagian hadapan. Fungsi seperti ini ada di handphone VIVO V17PRO yang baru dilancarkan minggu lepas. Boleh dikatakan untuk youtuber,blogger dan sesiapa yang minat tangkap gambar cantik, sesuai dapatkan VIVO NEX 3. Jom tengok gambar di bawah

2. WIDE SCREEN

Ciri kedua ni abam suka sebab screen ni luas hampir 99.6 % to body. Setebal 6.89 inch adalah agak nipis & ringan sesuai dengan trend semasa. Fungsi Wide screen selalunya ada pada telefon mewah sahaja seperti samsung & lain2. Buat pengguna yang gemar tonton video terutama di youtube, wide screen sememangnya sangat cantik dan puas hati.

Wide screen ni dipanggil POLED Waterfall Full View , berbentuk curve ( gambar di bawah)

3. BATTERY 

Panggilan untuk gamers , korang mesti cari handphone yang tahan lama & tidak panas kan ? Kebetulan abam difahamkan NEX 3 ini muncul dengan bateri berkapasiti 4500mAh & ada coolent di dalam handphone. Vivo product specialist (Khor Ting Ting) berkata , mereka faham masalah yang dihadapi banyak handphone di luar adalah mudah panas & rosak interior software. Jadi mereka muncul dengan “VAPOR CHAMBER COOLING SYSTEM” (built in).( rujuk gambar di bawah)

4 . CAPASITY NEX 3

Vivo Nex 3 muncul dengan 8GB Ram + 256GB ROM. Yang membantu sistem Nex 3 berjalan laju dengan minima gangguan juga ialah Qualcomm Snapdragon 855 Plus chip yang digunakan.

Jadi selain gamers dan blogger/youtube , Vivo Nex 3 abam rasakan sesuai untuk mereka yang berkerja juga terutamanya yang sering gunakan hanphone sebagai medium kerja. Software dalaman mereka gunakan ialah UFS 3.0 Turbowrite yang mana membantu percepatkan bandwith pengguna di dalam mode energy saving.

Untuk mudah faham, ini juga membantu saving battery untuk kegunaan lama. Sensor untuk fingerprint pula adalah ‘built in’ display bahagian hadapan.

Dengar kata dapat beg ni untuk pembelian Vivo Nex 3. Cepat dapatkan segera sementara stock masih ada

Utk features VIVO Nex 3 banyak lagi sebenarnya. Yang abam highlightkan di atas apa yang menarik perhatian abam & antara sebab utama kenapa abam patut pertimbangkan model terbaru ni. Vivo bertanding setaraf dengan telefon pintar yang lain, jadi wajib untuk mereka kekalkan kualiti yang terbaik.

Features lain2 korang boleh klik DISINI. Nak order terus pun boleh. Sudah mula dijual dengan harga RM3,899 . Untuk makluman anda juga, 10% daripada jualan VIVO NEX 3 akan disumbangkan kepada charity (IQ70Plus) bersamaan RM389.90 seorang. Kalau korang beli 10 unit, bersamaan RM3,899.00 sumbangan anda kepada yang memerlukan.

Untuk order terus VIVO Nex 3 , layari www.vivo.com/my 

Facebook Comments
Previous Filem GERAN - Mengangkat kembali filem Malaysia
Next Kereta sewa paling murah setakat ni. SERIUS

1 Comment

  1. […] Vivo Nex 3 mampu bersaing dengan model spec tinggi yang lain? […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *