MyNews Terus Melebarkan Sayapnya Di Malaysia


Sedar tidak sedar, kini MYNEWS sudah hampir 23 tahun bertapak di Malaysia. Setakat Oktober 2019, MYNEWS sudah mempunyai lebih dari 500 outlets seluruh Malaysia.

Pada hari ini 2/10/2019 ( Rabu), myNEWS Holdings Berhad merasmikan kilang pembuatan makanan (Food Production Centre / FPC ) yang bertempat di Seksyen 3 , Kota Damansara. Kilang ini akan memproses makanan sedia untuk di makan seperti roti, rangkaian makanan jepun dan lain-lain.

Abam difahamkan makanan yang korang nampak dekat kedai terpilih Mynews adalah diproses secara harian demi mengekalkan kualitinya. Bagi korang yang kaki travel, mungkin korang sudah biasa rasa roti mynews terutamanya di Jepun sendiri, Taiwan & juga Thailand. Jangan risau, Mynews sememangnya mementingkan kualiti makanan & ada halal certificate. (lihat gambar di bawah)

Roti yang anda lihat di rangkaian myNEWS terpilih, sememangnya tidak sama seperti anda lihat di Jepun, Taiwan & Thailand. Sebab apa ? Mereka mengkaji ikut keperluan demographic di Malaysia & berusaha keluarkan roti yang terbaik.

myNEWS Kineya bertanggungjawab memastikan kualiti produk sentiasa di pantau berdasarkan permintaan penduduk setempat. Anda boleh google syarikat gabungan myNEWS & Gourmet Kineya Co Ltd , mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan makanan sejuk beku , pembekal makanan dalam kapal terbang termasuk (MAS). Nama syarikat ini sudah dikenali di Jepun, kini dengan pembukaan kilang pembuatan makanan myNEWS (FPC) , tidak dinafikan mereka mempunyai perancangan lebih besar pada masa akan datang.

LOKASI KILANG PEMBUATAN MAKANAN FPC MYNEWS – Lot No. 3, Jalan Teknologi 3/1,
Taman Sains Selangor 1, Seksyen 3, PJU 5,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

(kerjasama FPC di bawah kendalian myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd & myNEWS Kineya Sdn Bhd)

(variasi produk rangkaian myNEWS di seluruh outlet terpilih Malaysia).

SEBAB APA PILIH MYNEWS

Abam nak kongsikan pendapat peribadi kenapa abam suka membeli makanan di myNEWS berbanding kedai serbaneka yang lain.

  1. LOYALTY PROGRAM – myNEWS menyediakan applikasi myNEWS Malaysia. Untuk pengguna iphone boleh download DISINI / pengguna android DISINI.

Selesai download apps myNEWS Malaysia, korang boleh sentiasa follow myrewards, untuk update promosi2 myNEWS. Boleh juga kumpul points jika buat pembelian di mana-mana outlet myNEWS. Paling penting , korang daftar kad virtual dulu (klik myCARDS).

Berbanding lain-lain pesaing kedai serbaneka yang terkenal, mereka masih belum ada program seperti ini. SANGAT SERONOK bagi pelangga untuk ada program seperti ini. Baru rasa seperti dihargai , seperti dialu-alukan tiap kali datang kedai myNEWS hehe.

2. CASHLESS PAYMENT – Kini pembayaran anda boleh gunakan applikasi myNEWS Malaysia sahaja. Apa yang korang perlu buat, topup sahaja nilai anda nak dalam apps. Kemudian bila hendak buat pembayaran, nanti korang akan di scan barcode dari apps handphone korang. Sangat mudah buat pembelian cara ini disamping anda dapat kumpul point.

Bagi yang masih gemar buat bayaran gunakan tunai, anda boleh bayar tunai. Jangan risau. Cuma point anda tak dapat . Rugi beb

3. MYNEWS MOBILE – Pernah lihat truck bergerak myNEWS ? Sudah hampir 5 tahun mereka beroperasi. Lokasinya adalah yang terpilih sahaja. Kebiasaannya mereka akan buka di event-event. Pernah tengok kedai serbaneka ada foodtruck ? haa. Kan rare tu

Dengar cerita, produk yang tengah viral HAUS BOOM pun boleh dapatkan di kedai myNEWS. Cuma bagi korang tercari-cari HAUS BOOM perisa roti bakar (selalu habis stock), hanya boleh dapat dekat truck bergerak myNEWS sahaja.

4. MYNEWS DASH – Sekarang banyak pasaraya besar seperti Tesco sudah mula buat penghantaran barangan secara DELIVERY. Sejajar dengan itu, myNEWS turut ikut trend, sediakan delivery dinamakan MYNEWS DASH.

Untuk yang berkerja di ofis, tidak ada masa untuk turun beli makanan. Boleh order melalui MYNEWS DASH. Info lanjut KLIK SINI –  mynewsdash.my

Last sekali, abam suka minuman coffee MARU yang outlets myNEWS terpilih sediakan. Sebab apa abam kata terpilih ? Produk ini masih baru lagi, kalau nampak luar kedai ada logo myNEWS bulat warna hitam. Itu adalah kedai terpilih ( dengan kata lain , kedai mynews yang baru).

Abam buat survey tadi, ramai yang suka air coffee coklat dari MARU coffee. Eh dengar kata korang boleh dapatkan air coffee MARU ini secara percuma. 28 SEPTEMBER – 4 OKTOBER 2019 bertempat di Bukit Jelutong , Seksyen U8 (Gambar di bawah)

Untuk peminat masakan panas seperti nasi lemak, laksa kari. Korang boleh dapatkan di myNEWS MARU cafe, disini ada pelbagai jenis makanan lain dan juga minuman panas. Korang pernah tengok myNEWS yang ada kerusi meja untuk makan ? Disitu pasti ada makanan ini , sementara stok masih ada. hehe

Antara makanan khas dari myNEWS yang sempat abam grab. Untuk peminat sushi, korang boleh cuba makanan disini. Kena dengan selera korang tak ? Kot2 ada tempat menarik lagi , korang boleh share di ruangan komen

 

Facebook Comments
Previous Review Crawl 2019 - Buruan sekumpulan buaya penuh suspen
Next Filem Joker menerima kritikan hebat/pujian ?

14 Comments

  1. Avatar
    October 4, 2019
    Reply

    Pergh! Menarik ni. Dah ada macam-macam jenis makanan n minuman di MyNEws ni. Siap menguntungkan juga lah kan , dengan adanya Applikasi boleh dapat ganjaran. This is superb great!

    • Avatar
      October 5, 2019
      Reply

      Tahbks for sharing pasal MyNews ni. Dah banyak kali nampak logo MyNews ni tapi tak tahu pun apa fungainya. Dah baca entry ni baru tahu rupanya ia berkaitan dengan industri makanan. Selama ni duk fikir berkaitan dunia penyiaran. Nampak sangat tak tahu hal ni. Hahaha

  2. Avatar
    October 4, 2019
    Reply

    Wah..myNEWS da ade delivery la…senang la xpayah nk kluar p jauh2 smata2 nak makan makanan jepun nie..order je makanan trus sampai dpn pntu rumah..pilihan makanan pun bnyak..rambang mata nk mkn yg mana..hihi..btw thanks for sharing..

  3. Avatar
    October 4, 2019
    Reply

    SA antara pelanggan Mynews yang setia sebab suka beli sandwich dan bento simple kat sini..selain murah dah tentu2 sedap dan healthy…dah ada delivery ni lagi senang la kan..kat KL outlet memang banyak cuma kat Seremban SA x sure ada ke tak..

  4. Avatar
    October 4, 2019
    Reply

    Tak pernah tauu mynews ni dah join dlm bab makanan ni hahah, selama ni ingat dorg bisnes media jee, thank youu for the info

  5. Avatar
    October 5, 2019
    Reply

    banyak produk dia bagus-bagus, pernah makan icecream Maru dan kopi dia tu, sedap and its original from dairy kan. bukan guna susu skim etc. guna fresh milk. tu yang jadi sedap

  6. Avatar
    October 5, 2019
    Reply

    Makin banyak pilihan makanan sedap-sedap di myNEWS ye. Macam Family Mart dah. Tapi myNEWS ni senang cari, banyak tempat ada.

  7. Avatar
    October 5, 2019
    Reply

    Tanpa sedar. Lama juga ya mynews ni dah ada kat malaysia. Yeay boleh kumpul point, boleh laaa install apps mynews ni. Berbaloi nampak gayanya

  8. Avatar
    October 5, 2019
    Reply

    Jarang singgah News ni. Kalau singgah pun sebab beli air je. Tp skrg nampak dah ada jual mcm2. Boleh lah singgah akan dtg. Nk beli onigiri tu.

  9. Avatar
    October 5, 2019
    Reply

    salah satu kedai yang must visit kalau ke KL. biasanya beli majalah lah. tak beli makanan. sekarang boleh lah cuba makanan pula.

  10. Avatar
    October 7, 2019
    Reply

    Mynews pun dah ada banyak makanan dari dahulu. Satu pembaruan kan untuk tarik minat orang. Cawangan di Penang pun dah ada my news ni.

  11. Avatar
    October 9, 2019
    Reply

    Wah tak sangka, MyNews ada 500 outlets dah ya. Tahniah saya ucapkan. Saya sendiri pon pernah beli barang kat sini. not bad.

  12. Avatar
    October 9, 2019
    Reply

    Yummy I already tried out the food when it was on promo the other day, really worth purchasing.

  13. Avatar
    October 13, 2019
    Reply

    MyNews ni skrg dh banyak outlet dia…especially kt lrt station…pemudahcara untuk orang ramai dptkan makanan bila balik kerja terasa lapar…dptkan paper bila pg nk p keja…skrg dh makin besar…tahniah kepada pemilik

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *