Filem AD ASTRA – Brad Pitt sertai misi pencarian ‘sulit’ di angkasa lepas


Filem ‘spaceship’/angkasa lepas kali ini di dalam filem AD ASTRA, menyaksikan pelakon terkenal Brad Pitt mempunyai misi iaitu harus mencari ayahnya yang hilang di angkasa lepas sejak 30 tahun yang lalu. Kalau ikut logik, melalui filem lama seperti INTERSTELLAR & THE MARTIAN (dua filem yang agak bagus penceritaan) , kehidupan di angkasa lepas lebih cepat berbanding di bumi. Jadi mungkin mereka 30 tahun, kita baru 3 tahun. Jom layan trailer ni dulu

 

Boleh dikatakan agak seronok penceritaan filem AD ASTRA ini , tidak seperti filem angkasa lepas yang lain. Filem lain seperti Interstellar lebih fokus kepada kepakaran saintis survive di angkasa lepas, manakala filem AD ASTRA lebih kepada misi pencarian ayah brad pitt.

Abam akui dahulu filem AD ASTRA ini agak slow, mungkin korang akan rasa filem 2 JAM 3 MINIT ini terlalu lama. Namun abam bagi credit lebih kepada jalan cerita yang agak ‘lain’ seperti ada lanun di angkasa lepas, ada sekumpulan penduduk bumi yang tinggal di bulan. Jelas sekali ini bukan dipetik dari kisah benar. hehe

Rating overall abam bagi 7/10. Jika filem ini padat lagi, tidak terlalu slow mungkin rating akan naik. IMDb pun setuju dan bagi rating agak tinggi iaitu 7.4/10. Kebiasaannya mereka sangat susah untuk beri raitng tinggi.

SPOILER AD ASTRA

Baiklah, abam nak kongsi sikit untuk menambah rasa kenapa korang patut tonton filem AD ASTRA lakonan Brad Pitt ni. Filem ini bermula apabila Brad Pitt terjatuh dari angkasa lepas terus ke bumi. (yang pelik tak ada kecedaraan serius tu) . Kita jatuh katil pun dah luka hehe.

Selepas sedar, Brad Pitt terus di panggil ke ibu pejabat untuk buat keterangan lanjut tentang insiden tersebut. Di khabarkan ada kejadian yang menyebabkan pusaran dari angkasa lepas, dan mungkin daripada ayah brad pitt . Jadi sebagai anak, Brad Pitt dihantar seorang diri sebagai misi sulit mencari ayahnya. Adakah ayahnya masih hidup ? atau gangguan sistem sahaja ? mungkin ganggu alien ?

Ini persoalannya. Jom tonton terus di wayang. Baru mula tayang semalam 19/9/2019 di seluruh pawagam seluruh Malaysia. Jomm

Facebook Comments
Previous Review Movie Chhichhore - Aamir Khan Menangis Layan Filem ini
Next Rambo Last Blood : Penutup filem rambo yang sedih

11 Comments

  1. Avatar
    September 20, 2019
    Reply

    wahh.. menarik ni.. TB suka cerita-cerita macam ni.. walaupun kedengaran agak tak logik yang jatuh terus ke bumi tapi tak cedera apa-apa tu kan.. hehehehe.. nak tengok gakkk

  2. Avatar
    September 20, 2019
    Reply

    Wah, Brad Pitt tu.
    Cerita science-fic kalau lama sangat memang boring tapi kalau sekejap sangat, takut audience tak faham.
    Apapun, memang kena tengok dulu baru boleh bagi rating.
    7/10 tu not bad la.

  3. Avatar
    September 20, 2019
    Reply

    Wahhh.. tetiba teringat filem Armageddon.. bila tengok cerita berkaitan angkasa lepas ni rasa teruja sangat…

  4. Avatar
    September 20, 2019
    Reply

    Wahhh.. Brad Pit pelakon favorite ni. Kena tengok ni. Jalan cerita nampak menarik

  5. Avatar
    September 20, 2019
    Reply

    masa mek menonton 47 meters down uncaged tu dah ada banner cerita ni, tak tahu pulak tayangannya 19 sept. nampak macam best. sebab before ada tengok yang mars apa menda tu. kalau lebih kurang, kira okei lah.

  6. Avatar
    September 20, 2019
    Reply

    Tinggi rating filem nih tp x perasan pulak trailer dia..kena cari nnt boleh la layan cerita ni..walaupon cam x logik boleh la layan juga..hahah

  7. Avatar
    September 21, 2019
    Reply

    Ayat last tu suspen sgt tau. Siap ada alien lagi. Ni yg nak tengok ni mcm mana dy boleh jatuh dari angkasa ke bumi tak sakit apa2. Tq abam share movie best

  8. Avatar
    Alin
    September 21, 2019
    Reply

    Kenapaaa suspen sgt ni?! Haritu baru nak tengok. Lepastu tak jadi sebab ada emergency pulak. Last2 lain kali je lah

  9. Avatar
    September 21, 2019
    Reply

    Haishh la Brad Pitt. Tak pernah tak hensem. Hahaha. Kalau tgk hero hensem, cerita tak best pun jadi best hahaha.

  10. Avatar
    September 22, 2019
    Reply

    Macam best filem ni. Saya memang suka filem bergenre mcm ni. Nak kena tenngoklah nnti. Terima kasih atas review yg sangat jelas ni.

  11. Avatar
    October 5, 2019
    Reply

    tengah cari post terbaru, tapi ternampak pos tentang brad pitt ni. menarik juga citer ni, kena tonton. BTW tentang detox tu, boleh wasap saya di nombor 012-2195919

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *