Pengalaman bermalam di Hotel Concorde Shah Alam – Hotel 4 bintang


Secara jujur , ini bukan kali pertama abam menghinap di Hotel Concorde Shah Alam. Setiap kali ada urusan kerja di Shah Alam, abam akan mencari hotel yang selesa untuk berehat. Concorde adalah salah satu pilihan yang sesuai untuk berehat, terutamanya jika anda sudah berkeluarga. Ruang hotel yang sangat luas, parking yang banyak, kondisi bilik hotel yang selesa, & harga yang berpatutan.

Jom abam terus kongsikan 5 sebab mengapa Hotel Concorde Shah Alam menjadi pilihan untuk bermalam.

  1. Harga yang berpatutanRM189 untuk semalam ( breakfast include – buffet). Korang boleh pilih untuk ada breakfast atau tidak. Jika tidak silap, tolak RM20 rasanya. Tapi abam rasa baik ambil juga sebab aneka makanan yang disediakan memang puas hati, keluar hati senang la katakan hehe

Ok nah abam belanja sikit sekitar suasana di dalam cafe Concorde Shah Alam untuk breakfast. Banyak kan pilihan makanan yang ada ? Namun, korang kena booking awal juga sebab hotel concorde Shah Alam ini sentiasa penuh. Jom tengok bilik yang diorang sediakan pula

2. Bilik hotel yang luas & selesa : Setiap kali mencari hotel, pastinya korang mencari hotel yang katil empuk, luas, bilik air ada bath tub kan? Semua ada dekat sini. Level 3 pula ada disediakan kolam renang, peraturan disini taklah ketat mana. Pakaian bebas jangan risau

Untuk yang travel sambil bekerja, abam pasti korang suka sebab ada ruangan untuk berkerja di dalam hotel.

3. Parking : Masalah selalu abam hadapi check in hotel, ialah parking. Ada yang kena bayar, ada yang terhad untuk beberapa parking sahaja. Tapi hotel concorde Shah Alam sediakan banyak kawasan parking untuk pengunjung secara PERCUMA. Ambil tiket di kaunter, kemudian bila nak keluar, validated kad anda di kaunter utama lobi.

Jika anda malas nak validated, boleh parking di bahagian parking depan hotel. Terdedah sikit dan risiko tanggung sendiri ye.

4. Ruang dewan/ballroom yang besar : Untuk company yang ingin buat event seperti teambuilding, ceramah, LDK, mungkin anda boleh pertimbangkan hotel concorde. Disini sudah menjadi kebiasaan untuk acara yang dimaksudkan. Jika anda ingin membuat majlis perkahwinan di hotel concorde shah alam, pun boleh. Setiap weekend abam tengok hotel meriah dengan majlis kahwin.

5. Staff yang ramah/ ruang lobi selesa : Tidak dinafikan penyambut tetamu mereka sangat ramah, dan staff yang bertugas di bahagian kaunter check in juga kelihatan professional.

Sementara menunggu masa untuk check in ,anda boleh berehat di ruangan lobi seperti gambar di bawah. Jika anda ingin memesan minuman, ruangan sebelah kiri hotel ada cafe yang dibuka sehingga malam. Untuk malam minggu, selalunya ada kumpulan band yang buat persembahan di pentas.

Di ruang lobi hotel concorde shah alam juga ada kedai makan Hadramawt (Nasi arab) , dan juga kedai runcit. Jika anda lihat gambar di bawah, terdapat banyak lagi pilihan kedai makan sekitar kawasan hotel. Yang famous ialah Restoran Cili Merah, belakang hotel concorde sahaja

Untuk booking, ada boleh KLIK SINI , direct kepada website hotel. Untuk yang nak berjimat, digalakkan booking direct website ye. Jika booking melalui apps booking.com, selalunya akan jadi mahal. Ini yang staff hotel inform abam.

 

 

Facebook Comments
Previous IT Chapter Two - Filem badut berdurasi 2 JAM 45 MINIT
Next Mencari makanan sedap di Terengganu : BERJAYA

5 Comments

  1. Avatar
    September 7, 2019
    Reply

    Menarik kawasan parking tu, memang luas … Senang nak drive kereta sendiri park dekat hotel..

    Makanan pun byk pilihan , happy la makan banyak pilihan.

  2. Avatar
    September 7, 2019
    Reply

    Hotel concorde? Teringat dekat Pok Ya Cong Codei.. haha. Memang ia hotel yang sangat terbaik di Shah Alam amnya. Naim pun tak berpeluang lagi untuk ke sana.

    Dengan ada info sebegini, mudahlah Naim nak try. Terima kasih bro

  3. Avatar
    September 8, 2019
    Reply

    best. nampak spaces sangat biliknya dan ye mek bersetuju dengan awak sebab bila travel, mek memang nakkan ‘workspace’ untuk update blog atau menulis apa-apa dalam laptop sambil minum nescafe percuma dalam blik hotel. another yang mek dan spouse titik beratkan adalah parking dan juga pool untuk anak-anak.

  4. Avatar
    September 8, 2019
    Reply

    Thanks abam pesan siap2 utk booking direct dgn web hotel. Boleh jimat di situ. Kalau ada ke shah alam jenguk adik di uitm, boleh laaa try menginap disini. Mesti best. Tq abam!

  5. Avatar
    September 9, 2019
    Reply

    Pernah pergi sana bawa guest nak check in. Suka sangat dgn biiknya.. simple dan selesa. Rasanya dulu booking online jugak..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *