Overall untuk filem SANGKAR , abam beri rating 8.5/10. Bila terbayangkan cerita melayu, pastinya akan bermain dengan sentimen emosi, begitu juga dengan filem SANGKAR arahan Kabir Bhatia ini. Pengarah Kabir Bhatia sememangnya terkenal dengan karyanya sebelum ini seperti PULANG, BISIK PADA LANGIT, & NUR KASIH THE MOVIE.
Bagi yang baru nak dapatkan mood layan movie sangkar lakonan Zul Ariffin, Remy Ishak & Mira Filzah ini. Korang boleh layan tayangan perdana ini dulu ( TEKAN SINI). Korang boleh layan full opening scene dekat sini.
REVIEW FILEM SANGKAR
Mengisahkan kehidupan dua orang ‘fighter‘ yang berjuang untuk mendapatkan nama serta pendapatan untuk keluarga masing. Namun ada satu insiden yang menyebabkan timbulnya nilai keinsafan, nilai persahabatan, dan nilai kekeluargaan di antara mereka. Penampilan pelakon cilik REZA (Nik Adam Mika) menambahkan lagi kehangatan filem ini.
Walaupun mereka ‘fighter’, mereka tetap ada pekerjaan masing-masing di siang hari. Namun kehidupan di Kuala Lumpur memerlukan mereka harus punyai pendapatan extra untuk teruskan hidup.
Banyak nilai-nilai murni di dalam filem SANGKAR ini. 1 JAM 55 MINIT tayangan terasa singkat jika anda betul-betul hayati apa yang mereka cuba sampai. Cuma satu je tak capai expectation abam , iaitu babak bergaduh agak kurang di dalam filem SANGKAR ini tidak seperti filem PASKAL. Filem SANGKAR lebih kepada penyampaian mesej kepada penonton.
Filem SANGKAR sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 30/8/2019. Jadi inilah masa kita membantu sokong filem Malaysia supaya boleh pergi lebih jauh. Lakonan Mira Filzah & Zul Ariffin boleh tahan sweet jugak. Bab Mira tampar Zul Ariffin tu laju sangat, baru nak tengok betul ke dia tampar atau tidak . hehe
[…] juga anda boleh pertimbangkan untuk menonton FILEM SANGKAR , FILEM READY OR NOT, MY STUPID BOSS 2, dan juga […]