Filem Ready Or Not – Sepenuhnya thriller/bunuh2, BEST


Geng, korang minat tak movie genre thriller/bunuh-bunuh ? Mulanya abam masuk wayang untuk tonton filem ini sekadar hanya hilangkan bosan. Tapi, ternyata bukan setakat hilang bosan, tak senang duduk abam dalam wayang. Suspen filem ini boleh tahan. Ramai abam tengok takut-takut jugak dalam wayang ni.Abam nak cadangkan korang untuk tonton full movie Ready Or Not 2019 yang kini masih dalam tayangan di pawagam seluruh Malaysia.

Review filem READY OR NOT 2019

Overall rating abam beri 7.5/10 untuk movie Ready Or Not. Seronok pula layan jalan cerita, babak-bapak suspen, bunuh-membunuh, & watak yang dimainkan oleh para pelakon. Terasa macam abam pun ada dalam cerita ni. Tak sangka pula abam boleh teringat-ingatkan movie ni sampai bawa ke rumah. Untuk yang kurang bersemangat, ajak kawan-kawan. Takut trauma pulak nanti.

  • Language: English
  • Subtitle: Malay / Chinese
  • Classification: 18
  • General Release Date: 22 Aug 2019
  • Genre: Horror / Mystery / Thriller
  • Running Time: 1 Hour 36 Minutes
  • Distributor: Walt Disney Pictures
  • Cast: Samara Weaving, Adam Brody, Mark O’Brien, Henry Czerny, Andie MacDowell
  • Director: Matt Bettinelli-Olpin, Tyler Gillett

SINOPSIS FILEM READY OR NOT

Berkisarkan tentang adat/tradisi satu keluarga kaya, di mana tiap kali ada ahli baru (kahwin), mereka aka bermain games pada malam pertama. Jadi untuk games kali ini, (kotak games) keluarkan games ‘Hide & Seek’ games. Jadi pengantin perempuan kena menyorok, ahli keluarga yang lain akan cari sampai jumpa.

Sabar dulu, nampak seronok kan games dia ? Pengantin kena betul-betul sorok, ahli keluarga yang lain kena bunuh pengantin jika jumpa. Setiap seorang sudah dibekalkan senjata masing-masing. Mereka akan lakukan apa saja cara asalkan pengantin perempuan mati sebelum subuh. Jika gagal, mereka akan mati kesemuanya.

Huhu. Jadi bermulalah babak bunuh terbunuh membunuh mereka. Akibat kepercayaan mereka, ramai yang terkorban. Sebenarnya filem ini lebih kepada pemujaan syaitan. Mereka orang kaya percaya hasil kekayaan mereka syaitan yang beri. huhu

Korang dah layan ? bermula 22 OGOS 2019 tayangan di wayang taw. Ini baru betul filem thriller. Superbbb

Facebook Comments
Previous Huawei Bangkit Perkenal Model HP Huawei Nova 5T
Next Review Filem Sangkar 2019 - Komen jujur, jangan marah haa

2 Comments

  1. […] juga anda boleh pertimbangkan untuk menonton FILEM SANGKAR , FILEM READY OR NOT, MY STUPID BOSS 2, dan juga […]

  2. Avatar
    August 31, 2019
    Reply

    hmm. tak berani sangat ni nak tengok. hahah. takot nak kencing malam malam pun sanggup tahan.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *