Raatchasi – Filem Tamil Viral Penuh Keinsafan


Rupanya inilah movie tamil yang orang sibuk bercerita sekarang yer. Raatchasi movie berkisarkan suasana pembelajaran di sekolah jenis kerajaan (awam) di luar bandar. Sekolah ini yang dahulunya lahirkan banyak jenayah , kini bertukar melahirkan ramai pelajar yang pandai & cemerlang di dalam sukan. Jom layan dulu trailer filem RAATCHASI

 

Sejujurnya, abam lebih minat filem hindustan berbanding tamil. Kerana tamil kebiasaannya penuh dengan aksi terbang-terbang , kadang-kadang tak masuk akal pun ada. Hehe.

Lepas tonton filem Raatchasi secara ONLINE (TEKAN SINI), abam terpegun tengok jalan cerita filem ini. Bagi abam, filem yang berjaya ialah bila kita selesai tonton , banyak nilai2 murni yang dapat kita belajar, semangat yang baru. Filem yang berjaya bukan sekadar kejar hits & populariti sahaja.

SINOPSIS FILEM RAATCHASI

Berkisarkan tentang perjalanan seorang guru besar yang baru sahaja mula berkerja di sekolah yang terkenal dengan jenayah, guru-guru yang makan gaji buta, dan pelajar yang suka bergaduh. Mereka bergaduh disebabkan kelas kasta ( taraf kehidupan mereka)

Pada hari pertama sahaja guru besar ( Geetha Rani) mula berkerja, dia sudah melakukan perubahan . Bermula dengan mendisplinkan pelajar & guru. Sikap tegas cikgu Geetha Rani menyebabkan ada pihak yang tidak puas hati termasuk guru-guru yang dikenakan tata-tertib. Jadi bermulalah konflik yang dirancang untuk menjatuhkan cikgu geetha.

Filem ini berdurasi 2 jam 14 minit. Lebih banyak kepada lakonan berbanding muzik & tarian. Jika kita lihat filem tamil hindi banyak kepada tarian & nyanyian. Filem ini padat dengan nilai2 murni & pengajaran. Ada juga babak sedih yang mungkin terkesan dengan anda

Ada lagi satu filem yang abam suka tonton dari genre hindustan. Berkisarkan tentang seorang cikgu sekolah yang ingin bawa perubahan kepada sekolah juga. Bila tonton filem berkaitan sekolah, rasa dekat pula dengan hati ye. hehe

Filem abam maksudkan ialah filem HICHKI. Seorang guru yang ada masalah percakapan (gagap), walaupun digelakkan masyarakat beliau tetap berusaha mengajar & berniat ingin bawa perubahan. Filem ini lakonan Rani Mukerjee ( gambar di bawah). Korang boleh layan dua movie ini , mana tahu boleh naikkan semangat korang untuk jalani hari-hari mendatang, kan? hehe

Trailer filem Hichki sahaja di youtube dah cecah 23 juta tontonan. Korang rasa ? Jom layann

 

Facebook Comments
Previous My Stupid Boss 2 - Riuh gelak sakan dalam wayang
Next Huawei Bangkit Perkenal Model HP Huawei Nova 5T

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *