My Stupid Boss 2 – Riuh gelak sakan dalam wayang


Riuh dengan gelak sakan para penonton movie My Stupid Boss 2 kali ini . Abam sanggup beri rating 8/10 bagi filem kategori komedi. Telatah mereka ini di dalam tempat kerja, pasti korang ada alami juga. Tak kiralah bagi pekerja atau boss. My Stupid Boss 2 kali ini sempat membawa kita jelajah ke negara jiran iaitu di Vietnam. Jom saksikan trailer My Stupid Boss 2 dulu

Selepas kejayan My Stupid Boss (tahun 2016) , mereka kembali lagi untuk mencuit hati para peminat movie komedi. Filem ini sesuai untuk mereka yang stress di tempat kerja, kerja yang tak pernah2 habis. Apa kata hilangkan stress di kepala anda dengan layan hiburan berbentuk komedi. Abam sarankan korang layan dekat wayang, sebab bila ada unsur lawak, korang akan tergelak sekali dengan yang lain-lain. Tengok dekat laptop tak feel macam ni geng

Review Filem My Stupid Boss 2

Filem komedi yang berdurasi 1 jam 36 minit padat dengan gelagat yang mencuit hati. Tak terasa lama pun dalam pawagam. Gelagat Bossman (Reza Rahadian) buatkan abam terbayang watak Mr.Bean yang selalu bermain dengan mimik muka.

Antara pelakon lain seperti Bunga Citra Lestari, Chew Kin Wah, Iedil Putra, Atikah Suhaimie turut memainkan watak mereka tersendiri. Sedih Bront Palarae tak muncul untuk episod 2 ini.

Bossman kali ini travel ke Vietnam atas urusan kerja & berniat untuk mencari pekerja di kilang bossman. Tapi macam biasalah, ada saja dugaan & cabaran sepanjang perjalanan mereka di Vietnam. Moga korang yang ada bos seperti bossman, bersabar & tabah la yer.

Watak bossman ini terkenal sebagai seorang yang kaya tapi kedekut. Actually bukan kedekut, tapi berjimat. Seperti dalam episod 1, korang dapat tengok bossman ada juga nilai murni , cuma dia buat belakang-belakang orang je.hehe

Filem My Stupid Boss 2 bakal menerjah di pawagam seluruh Malaysia bermula 29/8/2019. Filem ini SANGAT SESUAI ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Semua kaum patut tengok movie ini juga. Banyak nilai murni boleh kita pelajari untuk perpaduan kita

Sekali lagi abam ingatkan, filem ini adalah genre komedi. Jangan expect seperti filem hollywood. Masuk wayang, niatkan untuk berhibur dengan keluarga & kawan2. Mesti korang puas bergelak dalam tu. Layan sorang2 pun boleh. Bila tengok orang lain ketawa sakan dalam tu, mesti korang join jugak. Percayalah

Anyway, buat yang nak dapatkan tiket percuma menonton filem-filem di pawagam. Korang boleh follow facebook ROLLO DE PELICULA. Banyak contest yang korang boleh join. Beberapa kali da abam da tiket free. Klik je link di atas. See yaa

Facebook Comments
Previous Safiey Ilias jalani pembedahan buang payudara kali kedua
Next Raatchasi - Filem Tamil Viral Penuh Keinsafan

11 Comments

  1. Avatar
    August 28, 2019
    Reply

    Tak sempat nak tengok lagi yang pertama. Nak tengok yang first dulu then baru boleh tengok yang ni. Baca review ramai kata best

    • Avatar
      August 29, 2019
      Reply

      Baru tahu ada filem cerita ni… ada pelakon Malaysia berlakon bersama dalam filem indonesia.. kalau cerita kelakar memang liez boleh layan ni..

  2. Avatar
    August 28, 2019
    Reply

    Kita dah tengok My Stupid Boss 2 ni memang kelakar gabungan artis Malaysia dan Indonesia hehehehe best tengok kat rumah jer pun dah lucu wakakakaka gelak besar kita…

  3. Avatar
    August 29, 2019
    Reply

    Tgok pada sinopsis cerita die mcm best..nk ajak husband p tgok wayang la nnt..thanks sharing

  4. Avatar
    August 29, 2019
    Reply

    Masa baca tajuk tadi, ingatkan movie mat saleh. Bila baca review si abam, uikss BCL dengan Atikah Suhaimi pun ada, Loll. Hahaha

    Ajak kawan2 g tengok sekali mesti pecah perut gelak

  5. Avatar
    August 29, 2019
    Reply

    no 1 pun aida lom layan. wajib ni 🙂
    indonesia + malaysia ye. ingat kan hindi or thai movie.
    hari ni lah ye start tayangan.
    menarik ni. boleh la plan weekend cuti panjang ni kan.

  6. Avatar
    August 29, 2019
    Reply

    Kena tengok yang pertama dulu baru boleh tengok yg kedua. Nak movie date dgn suami lah tengok cerita ni. We time sambil gelak2 best juga kan?

  7. Avatar
    August 29, 2019
    Reply

    mesti kelakar nie…ada masa nak pergi tengok jugal lah…tapi yang pertama pun tak tengok lagi…:))

  8. […] My Stupid Boss 2 – Riuh gelak sakan dalam wayang […]

  9. Avatar
    August 31, 2019
    Reply

    Erm.. Ramai kata best ni, macam nak kena tengok je ni..
    Dah la kita ni jarang sangat tahu apa movie yang menarik untuk tengok..
    Takpe, nanti share info ni kat suami la.. kut dia pun nak tengok jugak kan..

  10. Avatar
    September 3, 2019
    Reply

    hahahaha.. TB nak tengokkkk.. sebab yang nombor satu TB dah tengokkk.. berapa kali tengok… lawakkk sangat.. KERA… Ni.,.hahahah.. adoi.. nak tengok yang kedua ni.,. baca review atas ni lagilah rasa nak tengok…tak sabar nyaaa..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *