Team Dota 2, OG merangkul juara sekali lagi (RM62.8juta wang tunai)


Tahniah kepada pada team Dota 2, OG yang telah merangkul JUARA DOTA 2 & sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM62.8Juta (AS15.5 Juta). Pasukan OG berjaya mengalahkan pasukan Liquid dari Eropah dengan keputusan 3-1. Namun pasukan Liquid tetap membawa pulang wang tunai bernilai RM18.4juta (AS4.4juta) di tempat kedua

Kerjaya sebagai gamers di Malaysia khususnya makin menjadi tumpuan. Sebelum ini YB Syed Saddiq juga memberi tumpuan kepada sukan e-games supaya ramai anak muda menceburkan diri di dalam sukan ini.

Pasukan OG telah merangkul JUARA untuk dua tahun berturut-turut iaitu 2018 & 2019 di dalam The International (TI) TI8 dan tahun ini TI9 . Pastinya ramai anak muda akan lebih bersemangat berlatih demi menjadikan sukan e-games ini sebagai kerjaya

Mungkin juga anda boleh tunjukkan kepada ibu bapa result mereka-mereka yang telah berjaya seperti pasukan OG untuk membuka mata mereka & meyakinkan mereka. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya pasukan e-games termasuklah games Dota itu sendiri. Ada yang berkerja untuk pasukan-pasukan tertentu, dibayar gaji ikut bulanan, dan sekiranya mereka menang pertandingan akan ada bonus dari syarikat.

Betul memang ada. Cara untuk anda mendapat sponsorship seperti mereka, anda perlulah menempa nama dahulu di mana-mana pertandingan besar mahupun kecil. Kerana di setiap pertandingan, pihak syarikat akan menghantar wakil untuk menilai orang baru untuk diserap masuk ke pasukan mereka.

Gambar di atas adalah pada  tahun lepas untuk TI8. Cubalah mahirkan diri di dalam sukan ini. Belajar tektikal & strategy dari mereka (dengan cara tonton live mereka main games). Abam tahu juga beberapa company yang terkenal di Malaysia yang ada pasukan e-games mereka sendiri. Nak tahu pm tepi abam sharing. See Yaaa

 

Facebook Comments
Previous Angle Has Fallen review - 18SG Padat Dengan Aksi
Next Safiey Ilias jalani pembedahan buang payudara kali kedua

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *