Angle Has Fallen review – 18SG Padat Dengan Aksi


Dengar kata, ini filem terakhir mereka kesinambungan dari filem Olympus Has Fallen & London Has Fallen arahan Ric Roman Waugh. Walaupun di ‘classified’ sebagai 18SG, anda harus membawa pasangan & keluarga menonton filem ini kerana ada sesuatu yang boleh korang ambil sebagai iktibar. Sebagai contoh mengenai kekeluargaan & kepercayaan.

Overall rating untuk filem Angle Has Fallen 2019 ini, abam sanggup beri 7/10. Walaupun jalan cerita agak cliche, namun abam beri kredit kepada cinematography, bapak-bapak aksi yang hebat, & seperti biasa watak yang mereka jayakan terutama kepada pelakon utama Gerard Butler dan Morgan Freeman

Review filem Angle Has Fallen 2019

Gerard Butler (sebagai Mike Banning) seperti biasa harus menjaga presiden Amerika Syarikat namun ada insiden di mana Mike Banning telah dijerat oleh pihak ketiga. Maksud abam jalan cerita cliche itu seperti ini. Mike Banning telah di sabitkan kes atas dakwaan cuba membunuh presiden Amerika Syarikat ( watak oleh Morgan Freeman). Perancangan yang sangat teliti telah disusun demi menjadikan Mike Banning dilihat seperti watak penjahat. Cliche la kan ? hehe

Namun akhirnya, pastilah pihak yang baik menang kan ..

Walaupun durasi filem agak panjang (2 jam 1 minit), namun anda pasti tidak sempat lena. Babak aksi yang ada di dalam sequal ini berterusan. Untuk yang belum pernah menonton episod yang sebelum2 ini, jangan risau. Anda masih boleh layan Angle Has Fallen. Jalan cerita tidaklah memening & straight forward.

Dengar cerita ini episod terakhir dari mereka. Mike Banning pun dah tua, perlu fikir untuk pencen jugak. Oklah. Cukuplah spoiler Angle Has Fallen. Nak lebih layan dekat pawagam, konfirm meriah dalam tu.

 

 

Facebook Comments
Previous Sangkar 2019 The Movie - Tayangan Perdana
Next Team Dota 2, OG merangkul juara sekali lagi (RM62.8juta wang tunai)

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *