GOJEK berjaya luaskan pasaran di Malaysia


Sekalung tahniah diucapkan kepada #Gojek kerana berjaya memasuki pasaran Malaysia. Terdahulu YB Menter Belia & Sukan telah menyatakan di halaman instagram beliau (@syedsaddiq) berkenaan kabinet Malaysia sebulat suara meluluskan modal ekonomi Gojek / Theygoride. Sememangnya peluang ini dapat membantu pelbagai lapisan termasuk anak muda.

Kata YB Syed Saddiq lagi, kelulusan ini juga dapat membantu golongan peniaga termasuk makcik pakcik yang berniaga di tepi jalan, supaya dapat meningkatkan jualan mereka menggunakan applikasi GOJEK. Namun, pihak kerajaan juga harus menjalankan beberapa panduan/undang-undang supaya applikasi Gojek ini sesuai dengan keadaan di Malaysia

Sekadar berkongsi pengalaman dari pemandu- pemandu Grab di Malaysia tentang peraturan yang patut kerajaan titik beratkan supaya keselamatan pemandu Gojek & penumpang Gojek terjaga.

  1. DAFTAR PENGENALAN DIRI , perkara ini penting dilakukan kepada kedua pihak (pemandu & penunggang). Mereka wajib isi maklumat diri yang lengkap berserta gambar IC/Pasport serta gambar muka yang terkini.
  2. ISI BORANG & SIGN Bagi mereka yang ingin mendaftar sebagai pemandu GOJEK MALAYSIA, mereka perlu isi borang lengkap & sign supaya jika apa-apa terjadi semasa melakukan pekerjaan, mereka akan dilindungi oleh pihak mahkamah
  3. JALANI LATIHAN & PENAPISAN Pihak Gojek Malaysia wajib jalankan latihan khusus serta panduan keselamatan kepada pemandu Gojek. Ini bagi mengurangkan lagi kes-kes rogol,penculikan & lain2 kes di Malaysia. Pihak Gojek Malaysia juga harus menapis pemandu. Tidak sewenang2nya meluluskan permohonan seperti kita lihat syarikat e-hailing yang lain
  4. ASINGKAN LELAKI & WANITA Perkara ini menjadi isu sensitif di Malaysia. Pihak kerajaan harus memikirkan cara untuk asingkan lelaki & perempuan atau inisiatif lain seperti penghalang.

Walau kita dapat lihat, rata-rata komen penduduk di Malaysia tidak setuju dengan kelulusan Gojek yang diumumkan oleh YB Syed Saddiq, kita perlu lihat dari sudut positif juga. Applikasi Gojek di Indonesia telah banyak membantu meningkatkan pendapatan harian mereka. Jika dapat lihat di Bandong,Indonesia pemandu-pemandu Gojek Indonesia & Grab saling bersaing untuk mencari pelanggan menggunakan applikasi.

Di harap selepas ini, lebih banyak persaingan wujud supaya Gojek Malaysia dapat bersaing secara sihat & tidak menjadi syarikat dominant di Malaysia sepertimana kita lihat tahun-tahun sebelumya banyak syarikat yang mendominasi pasaran, sehingga membebankan pelanggan. Paling ketara kita lihat, mereka menaikkan harga yang agak tinggi.

Untuk perkembangan lanjut , anda boleh follow instagram @gojekmalaysiaku untuk mengetahui perkembangan & cara untuk menjana pendapatan melalui applikasi Gojek Malaysia. Majulah Malaysia negaraku

Facebook Comments
Previous Filem Hustle 2019 - Cara bijak untuk tipu orang
Next Sangkar 2019 The Movie - Tayangan Perdana

12 Comments

  1. Avatar
    August 23, 2019
    Reply

    hemm.. ada pro dan kontra ni kewujudan Gojek di Malaysia.. mungkin dapat membantu mewujudkan pekerjaan utnuk rakyat Malaysia, juga dapat memudahkan kita, tetapi fakor keselamatan tu perlu juga dititikberatkan sebelum ia digunakan secara meluas di Malaysia

  2. Avatar
    August 23, 2019
    Reply

    wahh.. baru tahu pasal gojek ni.. bagus juga ni utk bantu golongan yg berpendapatan rendah untuk buat partime..

  3. Avatar
    August 23, 2019
    Reply

    Tak sanggup saya nak naik Gojek ni sebab sejenis yang seram naik motor. Lagipun macamana eh?…Pemandu gojek ni ikut jantina penumpang ke?….Kalau pemandu lelaki…tak sanggup nak naik motor tu.

    • Avatar
      Marina
      August 23, 2019
      Reply

      I is tak bagi kalau husband nak buat gojek ni. Samada gojek or wife. Rasa nak tidur luar silakan pilih gojek. Marina pon jarang naik moto ngan husband. Naik kete je. Kalau husband buat gojek memang mencari nahas. Hahaha

  4. Avatar
    August 23, 2019
    Reply

    Huh…sedikit tidak setuju. Naik sajalah Grab, teksi dan bas. Malaysia belum terdesak nak ikut cara negara lain. Banyak faktor yang perlu difikirkan. Lagi pun kes kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal agak membimbangkan.

  5. Avatar
    August 23, 2019
    Reply

    Ada pro dan kontra nya pasal gojek ni.

    Dapat tambah pendapatan bagi mereka yang perlukan wang.

    Tapi bagi Ruby, kalau si pembawa gojek tu lelaki, tak mahulah. Lagi² moto. ????

  6. Avatar
    August 23, 2019
    Reply

    berebut la Grab & Gojek nak cari customer lepas ni. Harap rider Gojek bawak motor elok-elok la ye..jangan menyelit sangat time jem. Mungkin ada banyak benefit rakyat Malaysia boleh dapat bila Gojek masuk market lokal ni

  7. Avatar
    August 24, 2019
    Reply

    Moga usaha ini dapat membantu mereka yg tak bernasib baik dlm faktor kewangan. Dan semoga pihak yg terlibat dmudahkan utk buat kajian undang2 supaya dapat beri manfaat yg optimum kpd masyarakat selari dgn aspek keselamatan semua pihak.

  8. Avatar
    August 24, 2019
    Reply

    Tahniah tp serius ckp sis x berani … hahahaa.. lg lg kalau sis pompuan naik motor dengan lelaki gitu memang tak laaa.. cuma fikir positif mmg ada okay nya juga kalau kat bandar besar mcm KL yg selalu sgt jem tu.. but make sure lelaki yg bawa n pembonceng pun lelaki laaa…

  9. Avatar
    August 24, 2019
    Reply

    Rasanya sebelum ni ada juga same concept macam Gojek kat Malaysia, Dego namanya tapi tak dapat licensing untuk teruskan business. Mungkin selepas Gojek berjaya masuk Malaysia ni, Dego pun patut masuk kembali ke business ni, mungkin ubah kelemahan atau keperluan yg gomen tentukan supaya boleh jadi competitor Gojek. Sebab healthy competition akan mengurangkan monopolization dan sekaligus bantu both rider (lebih peluang pekerjaan) dan customer (cost ride yg tak terlalu tinggi dan membebankan).

  10. Avatar
    August 25, 2019
    Reply

    bagus juga gojek nie sbb KL Dah sangat jem..kadang2 perlu sampai ke satu tempat tue ontime tapi kalau guna kereta pasti tersekat berjam-jam..jadi di sini gojek bole di jadikan alternative..
    betul juga…perlu di sesuaikan dengan keadaan di Malaysia

  11. Avatar
    August 26, 2019
    Reply

    Bagi saya pendapat peribadi penggunaan Gojek kat Malaysia agak tidak sesuai kerana kita kena tengok statistik kemalangan libatkan motosikal kalau nak banding kenderaan lain. Itu satu dan juga keselesaan kalau Gojek lelaki boleh bawa penumpang lelaki sahaja dan begitu juga wanita. Banyak perkara kena kaji sebelum lulus semua kerana norma di Malaysia tak sama dengan di negara jiran…

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *