Ayam Goreng 3X Pedas buatkan aku murung sepanjang hari


Maka, benarlah komen rata-rata netizen yang kata ayam goreng McD Extra Spicy 3x pedas ini boleh membuatkan menangis kepedasan seharian. Bagi mereka yang tidak tahan pedas, elakkan untuk mencuba. Penggemar-penggemar makanan pedas, boleh cuba ayam goreng mcd 3x pedas ini, namun dinasihatkan sediakan air susu/gula disamping anda

Buat mereka yang nak cuba ayam pedas dari kfc, boleh rujuk artikel ini , KLIK SINI

Ramai yang bagi komen sakit perut, berak berdarah, berak berlari-lari. Korang boleh tengok komen netizen gunakan #ayamgorengMcD3xpedas. Buat mereka yang mahu mencuba untuk pertama kali, boleh cuba satu ketul ayam dulu. Ada orang boleh tahan pedas, ada yang tidak tahan. Bak kata nasihat doktor2, sayangi perut anda. hehe

Yang buatkan ayam goreng 3x pedas ni lagi pedas, bila korang minum air bergas sambil makan. Tak percaya cubalah. Menangis air mata beb

Tips Makan Ayam Goreng McD 3X Pedas

  • Jika order dalam set meals, tukarkan air gas kepada air milo (susu). Makan dengan tenang & perlahan2
  • Add on ais krim (pengganti gula). Jadi anda boleh nikmati kerangupan ayam goreng mcd itu sendiri. Serius rasa boeh tahan, cuma stanby la malam tu untuk kerap ke tandas.
  • Cuba satu ketul dahulu. Jika anda rasa boleh tahan, boleh tambah lagi. Namu elakkan makan makanan pedas ini dengan kerap ye. Nasihat awal2 ye
  • Cuba order McDelivery gunakan apps dahulu. Pengalaman abam tiap kali pergi mcdonalds rawang, selalu habis ayam goreng extra pedas ni. Kena tunggu 1-2 jam. Fuhh

Haa. Ni ada ais krim terbaru dari McDonalds iaitu Cempedak McFlurry. Korang boleh cuba. Inti cempedak yang abam dapat banyak jugak (warna kuning tu). Harganya boleh tahan juga, lebih kurang ais krim durian mcd dulu tu.

Selamat menjamu selera, cubalah makanan2 viral ni. Selalunya mcd akan terhad kan pengeluaran bagi tempoh2 tertentu. Nak create demand la kot. hehe

 

 

Facebook Comments
Previous Mayat Nora Anne berjaya ditemui selepas hilang 10 hari
Next Review Filem Parasite 2019 - Filem korea yang bijak

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *