Pengalaman bermalam di Extreme Boutique Hotel Kluang Johor


Tanggal 10 Ogos 2019, abam sempat merasai hotel bertaraf 2 bintang, namun dekorasi cantik seperti 4 bintang. Tidak dinafikan lagi Extreme Boutique Hotel mempunyai kedudukan yang agak strategik iaitu di tengah2 bandar, berdekatan dengan masjid (600meter).

Macam mana nak cari hotel ni ? senang je. Sememangnya berhadapan dengan laluan utama jalan raya & sebelah shell sahaja. Harga hotel yang abam dapat serendah RM95 sahaja untuk satu malam (termasuk breakfast). Kalau anda pandai cari, Hotel Extreme Boutique boleh jadi serendah RM70 satu malam. Murah kan?

Terletak di Kluang Johor, jadi buat mereka yang mencari hotel sementara untuk menghinap, boleh jadikan Hotel Extreme Boutique sebagai antara pilihan anda. (pilihan lain mungkin hotel Milano, hotel Merdeka, Anika Inn). Kebiasaannya mereka yang menghinap disini, kerana ada majlis perkahwinan & kursus. Kluang antara lokasi strategik iaitu sekitar 20-30 minit sahaja dari exit Ayer Itam Johor

Haa.. ni lah breakfast free yang abam maksudkan. Ok lah kan harga RM95 (termasuk breakfast) untuk dua orang. Walaupun tak semewah hotel 5 star hehe. Haa lagi satu, dibilik tidak disediakan tea/coffee taw. Jadi korang kalau nak minum malam2 air panas, beli je coffee/tea 3 in 1 di Shell sebelah hotel. Jalan kaki sahaja

Baiklah, ini sahaja pengalaman abam beraya haji di Kluang Johor. Short vacay, namun berpuas hati untuk dikongsikan. Korang ada lokasi hotel menarik lagi untuk dikongsikan, boleh komen saja di bawah. Mana tahu kami boleh singgah. Kami ni kaki travel taw.hehe

Facebook Comments
Previous BoboiBoy Movie 2 2019 sangat mencuit hati penonton
Next Mayat Nora Anne berjaya ditemui selepas hilang 10 hari

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *