Mencari makanan halal di Bandong, Indonesia


masakan pedas di Bandong

Setiap kali terfikir mengenai Indonesia, pasti kita terbayangkan makanan yang sedap-sedap, murah, halal, & tidak dilupakan ialah membeli-belah di sana kerana mata wang di sana yang sangat rendah (RM-Rupiah)

Trip kami kali ini adalah di sekitar Bandong, Indonesia. Bandong atau nama lain yang sering mereka sebut ialah Jawa Barat. Juga terkenal dengan Gunung Berapi yang kian aktif yang sedang viral di social media kini ialah Gunung Tangkuban Perahu yang meletus semalam (26/7/2019). Di bawah ini saya sertakan video yang sempat dirakam oleh penduduk di sana. Untuk makluman anda juga, gunung ini sudah mula aktif beberapa hari yang lalu sekitar 19/7/2019 (kalau tak salah), memang dah masuk berita di televisyen dan diminta untuk berhati-hati dan bersedia untuk sebarang kejadian

Gunung berapi meletup di GUNUNG TANGKUBAN PERAHU JAWA BARAT

Makanan istimewa & famous di Bandng, Indonesia

Baiklah, abam nak kongsikan ringkat tempat menarik yang boleh dilawati sekitar di bandong pulak. Bandong terkenal dengan makanan yang pedas-pedas. Antaranya nasi ayam penyet, baso lado, masakan padang indonesia & lain2. Jadi sebelum anda merancang perjalanan ke sana, sediakan ubat sembelit siap-siap ye (ini serius).

makanan masakan padang Indonesia. Sekitar 300,000 rupiah untuk 5 orang. 

Oh ya, abam di fahamkan sekitar di Bandong Indonesia, ayam tidak disuntik (dicucuk) seperti di Malaysia kita dapat lihat ayam besar-besar, isi banyak. Di bandong mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat (supir yang cerita). Jadi ayam yang anda akan dapat semuanya kecil-kecil seperti gambar di bawah

ayam tidak dicucuk di Bandong.HUHU

Baso Berlado di Restoran

Lihat gambar di atas pun boleh nampak kepedasan makanan mereka. Jadi untuk mereka yang tidak boleh makan pedas, minta awal2 tak nak pedas, minta sos kicap manis dari mereka. Boleh tahan rasanya.

Di sini juga boleh dikatakan sebagai syurga makanan di bandong. Jika korang travel sendiri tanpa backpakers, memang kena survey nama-nama kedai untuk pergi. Kalau boleh elakkan makan di gerai tepi-tepi jalan (kita tak tahu sesuai dengan perut kita). Trip abam kali ini , memang dah hired supir (pemandu pelancong). Jadi kita kata sahaja nak makanan jenis macam mana, dia akan bawa.

Oh ya, tempat-tempat menarik untuk dilawati di Bandong Indonesia abam kongsikan di entry seterusnya. Abam nak masak tengah hari dulu ,terliur pulak terbayang masakan bandong ni.hee

Harga makanan di Bandong sebenarnya agak mahal juga. Jika dikira-kira (abam memang mengira sikit) , harga makanan di Bandong lebih kurang di Malaysia sahaja di kebanyakan kedai-kedai. Contoh Nasi Ayam Penyet di sini sekitar RM10.00 (sekali air). Tidak seperti di Jogjakarta, makanan di sana sangat murah. Abam akan kongsikan juga tempat menarik sekitar jogjakarta. NANTIKAN….

Facebook Comments
Previous Pinjaman Peribadi - Affin Islamic Personal Financing-i
Next Filem Anna 2019 menarik perhatian

1 Comment

  1. Avatar
    Muhamad Aizat
    July 28, 2019
    Reply

    Alhamdulillah terima tuan atas perkongsian ,sangat berguna untuk saya dan tetamu saya

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *